CARI JALAN PULANG TUHAN SENTIASA ADA

CARI JALAN PULANG TUHAN SENTIASA ADA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah Allah izin kita bersua lagi. Bersua dengan secebis artikel daripada PC. Semoga ada sedikit manfaat yang boleh digunakan ya. Jom sambung lagi. 

SETIAP ORANG ada kisah hidup masing-masing. Kita tahu atau tidak tahu umumnya seusiannya hingga kini tidak kira siapa pun itu tentu ada kisah disebalik hidupnya. Tersurat atau tersirat.

Sepahit apa pun mesti kita terima. Apabila yang manis-manis kita lalui jangan lupa gandakan rasa bersyukur kepadaNYA. Dugaan itu memang nyata dugaan. Jangan anggap nikmat itu bukan dugaan ya. Nikmat itu juga dugaan. kadang hanyut dengan dugaan nikmat itu lebih mudah dan besar risikonya kepada kita. 

Lenggang lenggok manis berjalan
Kebaya moden bersulam kerawang
Jika tersesat hingga hujung jalan
Segera usaha cari jalan pulang

Senyum manis berlesung pipit
Putih bersih wajah jelita
Tercabar iman hidup terhimpit
Kembali ke Tuhan sentiasa ada

Carilah jalan pulang kerana Tuhan sentiasa ada. ADA!. Cuma terkadang hamba-hambaNYA yang terlupa seketika untuk kembali mencarinya. Di dunia kita kena sentiasa mencariNYA. Tapi akan tiba satu masa kita akan terus kembali kepadanya. 

Kalau kita cari manusia, manusia lain itu akan pergi meninggalkan kita. Kadang kita mendekat dia tidak mahu mendekat dengan kita. Tapi tidak dengan Tuhan. Semakin kita mendekat DIA merapat erat. Semoga selalu dipeluk dengan kasih sayangNYA.

Tinta Perdu Cinta ❤
CARI JALAN PULANG TUHAN SENTIASA ADA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama