HUJAN-HUJAN MINUM MELON MILK POKKA BERAIS

HUJAN-HUJAN MINUM MELON MILK POKKA BERAIS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEDIA maklum ada beberapa kawasan mengalami banjir yang ditahap merisaukan. Sungguh. kelantan dan Terengganu. Kawan PC di Terengganu mengalami masalah banjir. Keluarga kawan PC di kelantan juga kawasan tempat tinggalnya mengalami banjir. Sedih. Risau. Selalu tanya khabar keadaan semasa. Selain titipkan doa yang paling mampu dan sebanyak-banyaknya. Aamiin.

Hujan masih lagi turun. Alhamdulillah. Beberapa hari ni hujan turun terus menerus cuma macam ada ritmanya sekejap lebat sekejap cuma renyai-renyai. Sejuk. masyaAllah. Seronok juga tengok semua anak bulus tidur. Kalau tak bergurau tak ingat. Agaknya kucing pun macam kita manusia bila hujan perut mudah lapar. Hehehehe. 

Lama rasanya tak ikut encik suami pergi belanja dapur. Cuma PC yang sediakan senarai barang keperluan. Itu memang tugas daripada awal kahwin sampai sekarang ni. Ada senarai mudah. kadang yang tak ada dalam senarai pun kalau ada rezeki, teringin nak makan atau nak minum encik suami beli juga. Alhamdulillah. Bahayanya encik suami beli cuma nak rasa sikit, dah tu bakinya agak-agak siapa yang kena habiskan.

HUJAN-HUJAN MINUM MELON MILK POKKA BERAIS



Alhamdulillah beli sekotak melon milk pokka. Encik suami minum segelas bakinya PC la. Sebelum ni dah ada beli dan minum juga. Kami suka. Sebab tahu isterinya suka tu yang beli lagi dan lagi. Tu yang toleh kanan toleh kiri, hujan-hujan minum melon milk pokka berais. Aduh. Nikmat memang nikmat. Tapi jangan ikut dan amalkan lebih lebih lagi dalam keadaan sekarang ni. harap maklum, musin batuk, selesema dan demam sana sini terlebih lagi anak kecil.

Ada sesetengah kita tak boleh tak ada ais dalam minumannya. Ada orang pula tolak ais sungguh-sungguh. PC ada masa dan sederhana. Tak benci ais, tak fanatik ais. Semoga berterusanlah. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
HUJAN-HUJAN MINUM MELON MILK POKKA BERAIS

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Duluuuuu.. lama kita tinggalkan ais. Cuma minum air panas suam. Tapi sekarang tak boleh, nanti rasa loya dan kembang tekak, jadinya kena minum yg sejuk2.

    Melon tu memang brand apa pun sedap, brand pokka lagi la kannn..

    BalasPadam
  2. Oooo... Dia ada datang dalam kotak eh?

    BalasPadam
  3. Saya pun jarang ikut membeli. senang siap siap ada senarai. Saya pun tak terlalu fanatik sangat dengan air. Ikut keadaan jugak minum panas atau sejuk.
    Belum pernah lagi minum minuman susu jenama pokka. Biasa nampak air kopi dalam botol dan tu je.

    BalasPadam
  4. saya dah jarang minum minuman manis dan berais. tapi kalau panas, kadang-kadang redah juga

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama