PERENGGAN DEMI PERENGGAN

PERENGGAN DEMI PERENGGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BERMULA daripada satu perenggan. Sehinggalah menjadi perenggan demi perenggan yang menghasilkan boleh jadi selembar, beberapa muka surat atau senaskah. Nampak seperti mudah tapi tidak mudah. Mungkin sangat mudah kalau cuma kosong sahaja. Namun mahu mencari dan mendapatkan sehingga memberi manfaat kepada orang lain tidak mudah. 

Perenggan demi perenggan. Ada banyak kisah yang mahu dan boleh disampaikan dan dikongsikan. Mana yang baik ambil dan amalkan. Mana yang tidak molek abaikan dan tinggalkan sejauh-jauhnya. Dalam keadaan sekarang. Dalam situasi terkini, atau sebenarnya daripada dahulu. Ada sahaja yang fakta dan tidak kurang yang dusta. Akhir zaman mungkin lebih terbuka luas untuk sesiapa sahaja menyampaikan secara paling mudah dan sangat pantas.

Lebih banyak perenggan adakala lebih banyak ganjaran kebaikkan yang boleh dituai, namun jangan pernah terlupa bahawa kita manusia biasa yang terkadang boleh terjadi yang sebaliknya. Bukan kebaikkan yang dituai tapi azam yang sedang dikumpulkan. Cuma akal, ilmu dan iman menjadi benteng setiap daripada diri kita masing-masing. Bagaimana dan yang mana menjadi pilihan kita. Itu sahaja.

Pada setiap perenggan akan ada kisah. Kisah yang dilalui sendiri. Kisah yang dikisahkan, kisah yang nyata atau kisah yang cuma direka semata-mata. Ada banyak versinya, percayalah ianya bukan suatu yang aneh dan asing untuk sampai kepada kita dan sesiapa sahaja. Apatah lagi sekarang, semuanya terlalu mudah diakses. Cuma lemahnya bahagian tepis dan tapis. 

Cuba disampaikan sedaya upaya. Berharap ianya sampai tepat ke sasaran dengan betul. Dalam setiap perenggan ada tersurat juga tersirat. Ada tegas dan juga sopan santunnya. Bagaimana penerimaan itu atas cara masing-masing memberi penilaian dan menerimanya. Andai sudah mula mengenali perenngan pertama, jejakilah hingga penamatnya kerana terkadang apabila jalan pintas yang diambil tersasar itu sering mendekat dan mudah untuk dilakukan.

Tinta Perdu Cinta ❤
PERENGGAN DEMI PERENGGAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Semoga setiap perenggan, bukan sahaja niatnya baik, ianya juga terlaksana dengan baik.

    BalasPadam
  2. Moga dalam siap perenggan, baik yang tersurat mahupun tersirat akan ada manfaat :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum PC, semoga perenggan berakhir dengan sesuatu yang nikmah & diredhai Allah S.W.T. Amin

    BalasPadam
  4. semoga jangan ada perenggan yang 'tergantung'

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama