TIDAK SEMUA RASA DAN RAHSIA HATI MAMPU DIUNGKAPKAN

TIDAK SEMUA RASA DAN RAHSIA HATI MAMPU DIUNGKAPKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KALAU ADA yang beranggapan atau berfikir sesutu keputusan atau tindakan itu terburu-buru daripada orang lain. Boleh jadi ianya benar dan boleh jadi ianya meleset. 

Kadang apa yang kita lihat atau dengar itu macam terburu-buru. Macam satu tindakan atau keputusan yang entah apa-apa dan tidak sepatutnya dilakukan. Tapi pernah atau tidak kita terfikir TIDAK SEMUA RASA DAN RAHSIA HATI MAMPU DIUNGKAPKAN melalui lisan kepada orang lain.

Lain orang lain pendapatnya. Berbeza sudut pandangannya. Seperti lain padang lain belalang bak pepatah lama. Ada kebenarannya. Semua orang sesiapa pun berhak untuk membuat tafsiran baik itu benar atau tidak. Baik itu tepat atau meleset juga. Kalau kita tegah pasti dimarahi. Kalau disangkal tentu ada yang melawan semula. 

Tapi bagi PC, memang benar tidak semua rasa yang dirasai dengan mudah untuk diungkapkan. Apa sahaja yang tidak mampu diungkapkan itu bakal menjadi banyak rahsia yang akan disimpan hingga mati. Atau kalau pun tidak disimpan sampai mati, boleh jadi ianya menjadi satu titik satu keputusan yang telah, sedang dan akan dilakukan. 

Jangan mudah-mudahnya mempertikai jangka atau tempoh waktu. Jangan membandingkan dan menghitung-hitung. Sesuatu yang akan terjadi tidak disandarkan pada tempoh waktu dan jarak. kalau ianya mahu berlaku usaha sekuat kudrat pun ianya pasti akan terjadi juga.

Membuat penilaian itu mudah tapi yang dinilai itu merasai bebannya. Cuba sesekali bertukar tempat. Belum tentu juga kita mahu dan mampu. 

Tinta Perdu Cinta ❤
 TIDAK SEMUA RASA DAN RAHSIA HATI MAMPU DIUNGKAPKAN  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Betul. Mengadu dengan Allah adalah lebih baik.

    BalasPadam
  2. Kalau ungkap semua dah tak rahsia lagi....

    BalasPadam
  3. Betul PC, kadang kita nampak orang tu bahagia, senyum sentiasa...kita x tau apa disebalik bahagia atau senyumnya..apakah terselit penderitaan? kan?

    BalasPadam
  4. Betul tu PC.. rasa kita belum tentu sama dengan rasa orang.. Bukan mudah menampung rasa orang namun tak salah cuba memahami.. Ada masanya kita perlu merendahkan diri kita dalam memahami rasa orang bukannya mendongak seolah-olah rasa kita lebih penting dan besar..

    BalasPadam
  5. kebiasaan manusia membuat keputusan berdasarkan pengalaman, jadi kita memang takkan faham orang sebab tak tahu apa yang dia dah lalui

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama