ANJING DENGAN KUCING

ANJING DENGAN KUCING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Tak boleh jumpa, macam anjing dengan kucing. Bergaduh tak sudah. Popular peribahasa anjing dengan kucing ni membayangkan perangai orang yang suka bergaduh bila bertemu. Memang tak boleh jumpa. Kalau jumpa samalah mencari masalah atau cari pasal. 

Anjing antara haiwan yang berat hukum dalam bab najis. Mughalazah. Satu nisbah enam. Satu air tanah nisbah enam air mutlak untuk menyucikan jika terkena atau sengaja menyentuhnya terutama air liurnya. Tapi sekarang mudah kerana dah ada sabun khas untuk bersihkan bila terkena najis berat ini. Namun begitu anjing tetap makhluk Tuhan. 

Tuhan cipta yang tidak sia-sia, tetap ada fungsi dan manfaatnya untuk kita. Boleh tak bela anjing. Boleh dengan tujuan menjadikan anjing sebagai penjaga rumah,  kebun dan untuk membantu pasukan keselamatan atau pihak berkuasa mengesan sesuatu sebagaimana yang diperlukan. Najis tidak bererti boleh disakiti, dihina dan dinafikan haknya untuk hidup. Kalau kita menzalimi tetap sahaja kita berdosa. 

Anjing dengan kucing. Ada anjing liar yang memang mampu membunuh kucing dengan kejam dan rakus. Lebih-lebih lagi anjing liar yang kelaparan. Jangan kata kucing, ayam pun dirembatnya. Seiringnya waktu telah ramai yang melatih anjingnya untuk hidup berdampingan dengan kucing dipelihara bawah satu bumbung. Disatukan dari kecil jadi tidak hairankan mereka boleh akrab dan saling menyayangi. jadi kawan baik lagi.

Bergaduh macam anjing dengan kucing. Akrab macam anjing dengan kucing. Sebenarnya, situasi mampu membentuk keperibadian. Mahu dengan tidak sahaja kita menjadi lebih baik atau berusaha ke arah itu. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Anjing dengan kucing





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Anjing dan kucing pun dah boleh berbaik sekarang

    BalasPadam
  2. buang masa ja nk gaduh2 penat tu

    BalasPadam
  3. teringat peribahasa ENglish kalau hujan lebat - raining cats and dogs

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama