APA YANG MAHU DIJAWAB NANTI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MASYAALLAH. Alhamdulillah. Jumaat kedua dibulan April. Syukur Allah masih izin PC selesaikan satu lagi artikel untuk blog tidak seberapa ini. Semoga semua sahabat blogger berada dalam keadaan yang terbaik sekarang dan seterusnya. Aamiin.
Menjawab adalah satu tindakan agak kurang sopan bila ada orang sedang bercakap. Apatah lagi bila ada orang tua tengah bercakap, bagi nasihat atau marah ke awak menjawab. Memang jangan terkejut dapat pelempang sekali. Arwah atok dengan nenek PC baik belah mama ke atau belah babah ke, cukup pantang anak-anak dengan cucu-cucunya suka menjawab depan orang lebih tua. Hukum paling ringan kena cubit la. Kecuali memang ditanya dan memang kena jawab itu hal lain. kalau kita nak bertenya ke itu tak ada masalah.
Masalah bila mohon pekerjaan adalah peperiksaan dan temuduga. Ini cabaran pertama. Boleh menggeletar seluruh badan bila pergi temuduga. Seram sejuk macam nampak pocong depan mata. Kaku dan beku jadinya. Macam-macam bermain difikiran. Kadang tu fikir yang tidak-tidak. Allahu. Padahal yang penemuduga tu biasa je. Mungkin cuma PC dan orang lain santai-santai sahaja kerana setiap orangkan tidak sama.
Tidak sama. Ya memang tidak sama apa yang mahu dijawab nanti. Di dalam kubur. Di padang mahsyar. Ini selalu buat PC berfikir banyak kali. Ini menjadi salah satu titik balik untuk PC kawal diri dan belajar menjadi lebih baik setiap hari. memang di dunia macam-macam boleh kita kelentong baik percakapan atau perbuatan. Boleh pusing sana pusing sini. Boleh bantah sana bantah sini.
Masa hidup di dunia ni yang tak boleh pun kadang jadi boleh dan dipaksa boleh. Walau niat tidak menghalalkan cara. Bila terlepas lega. Tapi apa yang mahu dijawab nanti. Bukan di dunia tapi di sana. Allahuakbar. Allahuakbar. Takut sendiri pula PC. Serius. Bila ingat tak mampu nak jawab sedang semua jawapan dan bukti sudah ada daripada Allah dan para saksi, ke mana nak lari lagi. Semakin takut. Lebih taku tak dapat dan tak mampu nak bayangkan tengah meniti dititian sirat tiba-tiba jatuh ke dalam api yang hitam pekat. Aduh Ya Allah.
Bila goreng ikan ke, goreng ayam ke kan.. minyak mercik kena tangan walau cuma setitis kecil rasanya sudah panas dan perit pedih. Itu baharu minyak panas. Masih lagi boleh dibersihkan dan sapu unat bekas lecur. Di sana macam mana. Ngeri. Bila bayangkan dan ingat apa yang mau dan mesti dijawab nanti, membantutkan banyak hal daripada dilakukan dan menginsafkan diri PC juga. Mungkin juga ini cara Allah menegur dan membantu. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta
APA YANG MAHU DIJAWAB NANTI
Tags:
Santai
SALAM JUMAAT MULIA..MENJAWABLAH KALA DITANYA
BalasPadamjika amalan kita di dunia ini banyak ganjaran pahalanya, maka mudah la menjawab nanti di dlm kubur....
BalasPadamSemoga segala amalan kebaikan kita didunia dapat membantu disana nanti.
BalasPadamterima kasih atas peringatan
BalasPadam