DUNIA SEMAKIN MENCABAR

DUNIA SEMAKIN MENCABAR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TIDAK MAMPU ditapis. Jauh sekali nak menafikan. Memang boleh je nak senangkan hati cakap semua baik-baik sahaja. Tak ada apa yang terjadi. Memang boleh cakap macam tu. Boleh sangat. Fikiran tak serabut. Hati tak gelisah. Tapi boleh ke hakikat disembunyikan. 

Kalau mulut boleh berbohong tapi mata dan pendengaran kita agak susah nak ditipu. Terpedaya itu boleh terjadi juga. Tapi takkan semuanya bohong. Takkanlah semua rekaan Dan diada-adakan. Susah tentu tindakkan.


Dunia semakin mencabar. Penghuninya yang seolah-olah sudah hilang landasan. Mengerikan. Alam ini Allah SWT yang cipta dan tadbir keseluruhannya. Dunia ini diurus oleh manusia-manusia yang Allah SWT izinkan hidup. Manusia adalah perantara. Dengan akal, dengan ilmu dan paling penting dengan iman mentadbir dunia ini. 

Tapi, semakin hari semuanya semakin membimbangkan. Ini pada pendapat PC ya. Dulu Ada pergaduhan tapi lebih dahsyat sekarang. Dulu ada kes-kes penderaan, pembunuhan, penipuan dan sebagainya tapi sekarang macam semakin membimbangkan. Apatah lagi ditambah dengan tahap menguasai teknologi yang semakin Mendalam, lagi besar cabarannya. 

Kalau PC yang dah tua ni pun rasa takut dan bimbang dengan situasi semasa sekarang, bagaimanalah anak bangsa yang baharu lahir. Kanak-kanak, remaja semuanya berjuang meneruskan hidup dengan LEBIH BAIK segenap aspek. Rohaninya. Mentalnya. PC perhatikan sekarang ni yang paling dicakar adalah iman dan akhlak seseorang itu. Iman baik, takwa baik, akhlak baik in sya Allah kukuh peribadinya. 

Dunia sementara ini semakin mencabar. Segenap sudut. Lebih sukar membaca dan mengawal diri. Ramai yang "sangat berani".
Berani pada tempat, waktu dan alasan yang kurang tepat itu tidak bagus juga. Berani tapi hakikatnya serakah dan ada agenda pun tak manis untuk dilakukan. 

Merosakkan itu mudah. Jangan sampai ianya terjadi. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Dunia semakin mencabar 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. bila tak ambil tahu, dianggap mengelak dari mencegah kemungkaran. tapi kalau ambil tahu, si pelaku makin galak pulak. entahlah nak buat apa

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama