UBAH YANG SUDAH TERBIASA

UBAH YANG SUDAH TERBIASA 


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt


Sedang berputih pokok rambutan

Moga sehingga merah pekat

Tiada salahnya lakukan perubahan
Demi kebaikkan dunia akhirat


Santai petang bersama abah
Senda gurau gelak ketawa
Memang berat mahu berubah
Jika mahu tentu ada caranya

Cari bersih hindari kotor
Kesihatan diri mesti dijaga
Selesa itu menjadi faktor 
Malas berubah itu tentunya


Tekak kering merasa dahaga
Minum air baharu selesa
Jangan berubah kerana manusia
Berubah cukup kerana DIA


Panjat tangga tukar mentol
Mentol pula warna biru
Jika sudah ditempat yang betul
Mantapkan lagi tak usah ragu


Sepanjang jalan banyak bendul
Harap semua orang tahu
Apa terbiasa belum tentu betul
Rujuk pihak yang lebih tahu


Tinta Perdu Cinta
UBAH YANG SUDAH TERBIASA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama