HARGAILAH HARI INI BETUL-BETUL

HARGAILAH HARI INI BETUL-BETUL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Alah, esok la. Esok kan boleh. Esok kat masih ada. Relax la bro. Bertenanglah sis. Chill. Santai. Satu hal yang mesti kita perlu mula ambil tahu dan ubah adalah, esok belum tentu ada untuk kita. Ya, esok tetap ada tapi bagaimana keadaannya kita, kita tidak tahu akan hal itu. Sihatkah. Sakitkah. Masih hidupkah. Atau sudah matikah kita. Kita tidak pernah tahu. Nikmat boleh Allah SWT tambah dan kurangi. Ini adalah hakikat. Macam itu juga dengan rezeki. 

Hargailah hari ini betul-betul. Bukan bererti hingga berhabis-habisan sebaliknya isilah dengan sebanyak-banyaknya amal dan perbuatan yang baik-baik. Bila beribadah, beribadah sehabis baik. Ketika bekerja, buatlah kerja sesungguhnya hati dengan ikhlas, jujur dan bersemangat. Jika membantu orang, pun bantu betul-betul. Apa sahaja yang mahu dan sedang dilakukan, lakukan dengan sehabis baik. 

HARGAILAH HARI INI BETUL-BETUL

Setiap hari yang kita nikmati semuanya itu rezeki. Rezeki yang dipinjamkan. Ada orang Allah SWT pinjamkan cuma sembilan bulan sahaja itu pun dalam kandungan ibunya sahaja. Bersyukurlah kita menikmati hari-hari yang ada seusianya kita. Hari ini kita betul-betul hargai hari yang dipinjamkan. Kalau esok ada lagi izin-Nya dan rezeki hari baharu,  dan kita hargai lagi, dah dua hari kita tidak mensia-siakan ruang dan peluang. Bayangkan kalau Allah SWT izin kita hidup sehingga usia 80 tahun. Berapa puluh ribu hari yang telah kita hargai dan isi dengan kebaikkan dan bermakna sangat-sangat. 

Sebolehnya jangan sia-siakan hari yang kita lalui. Tidak semestinya harus lakukan perkara yang sama setiap hari. Ada banyak perkara berfaedah dan memberi makna kepada dirinya sendiri dan orang lain boleh dilakukan.  Mungkin kalau sebelum-sebelum ini banyak kita tidak menghargai kerana berfikir esok masih ada, tidak mengapa. Tidak salah juga kerana lumrah kita begitu. Tetapi tidak sekarang, justeru itu ubah dan berubah sedikit demi sedikit. 

Tinta Perdu Cinta ❤ 
Hargailah Hari Ini Betul-betul


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Selamat Hari raya PC... balik kg ke tu?

    BalasPadam
  2. selamat hari raya maaf zahir batin

    BalasPadam
  3. Hargailah hari hari setiap hari :)

    BalasPadam
  4. semoga setiap apa yang kita buat sentiasa diberkati-Nya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama