POKOK BUAH-BUAHAN DI KAMPUNG MULA BERBUNGA DAN BERPUTIK

POKOK BUAH-BUAHAN DI KAMPUNG MULA BERBUNGA DAN BERPUTIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BILA mama cakap ada pokok buah-buahan di kampung mula berbunga dan ada yang dah berputik juga, ya Allah gembira sangat-sangat rasa hati. Dah dua musim tak dapat nikmati buah-buahan yang ada dikelilingi rumah mama babah, semoga tahun ini ada rezekinya untuk kamilah. Aamiin. 

Masa tahun-tahun COVID19 buah-buahan ada banyak. Babah nak pos tapi PC larang. Tak apalah sebab PC risau tak bakal babah keluar rumah sangat ke mana-mana. Memang Teringin tapi kesihatan babah mama lebih utama. 

Masa musim buah-buahan dua tahun lepas masak yang sama kes COVID-19 tengah menggila. Setiap hari kes meningkat terus. Hati anak mana yang tak bimbang ditambah masa tu belum vaksin lagi. Lagilah PC tak benarkan. PC cakap dengan nama Babah, panjang umur, ada rezeki buah-buahan bila-bila boleh makan. Kalau nak sangat beli. 

Tahun ni alhamdulillah. PC pun belum ada balik kampung. In sya Allah dekat nak raya nanti balik awal sikit.  Dapat puasa sehari dua di kampung. Dah terbau-bau bunga durian yang pokoknya sebelah bilik PC. Pokok tua, arwah atok PC tanam dulu. Bukan cuma cucunya, jiran tetangga pun alhamdulillah merasa. Aamiin. Biasalah ada rezeki tupai dengan landak. Ada rezeki kami. 

POKOK BUAH-BUAHAN DI KAMPUNG MULA BERBUNGA DAN BERPUTIK. Sungguh seronok.  Mama cakap harap menjadikan tahun ni kesian anak mama selalu dapat balik. Dah dua tahun tak ada budak yang duduk bawah pokok pulasan makan buah sorang-sorang. Ah PC la tu. Kalau tak bawah pokok pulasan, bawah pokok rambutan. Hahaha. 

Bila tengok pokok buah-buahan yang arwah atok dengan nenek tanam hiba rasa hati. Semoga anak cucu makan, ganjaran pahalanya mereka dapat berganda-ganda. Bila ada lebih Babah mama sedekah pada orang atas nama arwah. Ahhh rindu.

Tak sabar rasanya. Ada rezeki sikit-sikit in sya Allah boleh rasa. Biasa Tupai mencari rezeki terlebih dulu. Monyet. Landak. Khinzir. Fuhhh. Mereka pun mencari buah-buahan segar daripada pokok. Gitu. Rezeki juga ujian untuk kita semua. 

Tinta Perdu Cinta ❤
 POKOK BUAH-BUAHAN DI KAMPUNG MULA BERBUNGA DAN BERPUTIK

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Alhamdulillah
    Bulan Julai nanti musim buah2 tempatanlah.
    Sekarang ni ada juga buah durian luar musm yang dah mula gugur

    BalasPadam
  2. Heaven dapat makan buah manggis. Lagi-lagi yang fresh dari pokok.

    BalasPadam
  3. Welcome back musim buah..alhmdllh

    BalasPadam
  4. Seronoknya bila balik kampung ada musim buah. Balik ramai ramai lagi seronok menikmatinya.

    BalasPadam
  5. wah..mesti dah ada di kampung sekarang ni menikmati buah-buahan.hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama