NAMPAKNYA BEGITU HAKIKATNYA TIDAK BEGINI

NAMPAKNYA BEGITU HAKIKATNYA TIDAK BEGINI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Luaran yang kita nampak. Kasarnya sahaja yang boleh dinilai oleh sesiapapun itu. Walaupun kenal bertahun-tahun terkadang akan ada sahaja silap dalam menilai. Namun tidak mustahil walau kenal beberapa hari mampu mendasari kebaikkan. 

Tidak cuma apa disebut dalam begitulah yang dilontarkan. Tidak juga diluar itu sebagaimana di dalamnya. Kenapa.  Nampaknya begitu hakikatnya tidak begini. Manusia hatinya dalam jasad. Tapi rasanya,  rohnya dan jiwa yang ada semua atas jagaan dan diurus oleh Allah SWT. Sebab itulah hati sangat mudah berbolak balik dan boleh berubah juga. Jaga lisan. Perahu yang terlajak pun susah nak undur, silap cara boleh terbalik perahu tu. Apatah lagi bila terlajak cakap. Fuh. Boleh bawa bertumbuk.

Jangan cepat buat kesimpulan dan berandai-andai. Kadang orang pilih diam daripada menjelaskan. Ada yang suka berterus-terang.  Tidak kurang juga ada yang beranggapan tidak perlu menjelaskan duduk hal atau cerita sebenar. Jadi kita cukup perhati,  dengar dan senyap kecuali kalau memang perlu bertindak. 

Nampak begitu apa yang terjadi mengundang banyak persepsi. Itu pasti. Namun ada hasil dan kesan yang terjadi tidak tentu begini seperti yang kita fikirkan. Boleh jadi lebih baik atau sebaliknya. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Nampaknya Begitu Hakikatnya Tidak Begini


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. KALAU MELIHAT PADA PERMUAAN NAMPAK SAMA JA KAN

    BalasPadam
  2. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    content marketing services
    walk production
    digital marketing agency malaysia

    BalasPadam
  3. Apa yang kita nampak pada luarannya, ada cerita lain dalamannya kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama