JIWA BERSEMANGAT TEGAR

JIWA BERSEMANGAT TEGAR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Selaat pagi semua sahabat-sahabat blogger PC. Syukur Allah masih izin PC untuk menaip diblog ini. Alhamdulillah kita masih diizin oleh Allah menikmati hari ini dan mudah-mudahan hari-hari seterusnya dengan baki usia yang dipinjamkan kepada kita. Isnin kedua dibulan April. Alhamdulillah.

hari bersilih ganti. Waktu berputar detik demi detik. Kita masih lagi di sini. Dengan pelbagai agenda dan impian masing-masing. Tidak mengapa. Boleh-boleh sahaja. Mengapa ti menganyam impian kerana ianya benih satu kenyataan. Selagi diikhtiarkan slagi itu harapan menjadi kenyataan kian mencerah. Aamiin.

JIWA BERSEMANGAT TEGAR

Jiwa bersemangat tegar. Bersemangat dengan keras dan bersungguh-sungguh. Rasulullah tidak pernah patah semangat. Kita umat contohi baginda SAW.  Walau sebenarnya agak mustahil untuk kita sentiasa tegar dalam banyak keadaan yang mesti ditempuh, namun kutip semangat agar menjadi kembali tegar melalui Baginda Rasulullah saw. Mengapa tidak.

Bila nak patah semangat ni kita tak boleh jangka. Memang tak dapat diteka pun. Akan ada satu masa rasa jatuh sangat. Ada masa nanti macam semuanya lancar dan meningkat sangat-sangat. Acuannya jiwa sendiri. Bermula daripada hati yang sering bolak balik dan ada rasa waswasnya juga. Itulah sangat pentingnya latih jiwa supaya sentiasa bersemangat dan tegar. 

Bersemangat tegar, dipijak kau bangkit. Dicaci kau tepis. Apabila dipuji tidak mudah hanyut.

Tinta Perdu Cinta ❤
JIWA BERSEMANGAT TEGAR



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Cakap mengenai semangat, sekarang ni saya di fasa takut takut Debar rasanya nak mulakan kerja nanti

    BalasPadam
  2. mesti tabah hadapi tiap cabaran hidup

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama