LEBIH LAMA LEMAH BERBANDING LIAR NAFSUNYA

LEBIH LAMA LEMAH BERBANDING LIAR NAFSUNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MEMANG bulan Ramadan ni ibarat macam vaksin yang di dalamnya ada virus yang telah dilemahkan. Disuntik ke tubuh kemudian tiba waktunya akan aktif bekerja. Siang puasa. Letih tubuh badan. Tapi semakin mendekati waktu berbuka liar nafsunya. 

Lebih lama lemah berbanding liar nafsunya. Memang betul. Tapi liarnya itu boleh meranapkan lemah yang lebih lama itu tadi. Bahayakan. Fuhhhh. Sangat berbahaya. 

Liar boleh bawa mudarat. Liar boleh akibatkan berlebihan dan pembaziran juga. Liar nafsu yang berlebihan hujungnya jadi malas seluruh badan. Tu yang mengantuk je lepas berbuka. Lebih kuat nampak bantal berbanding nampak sejadah..  Adududu. Semoga tidaklah harapnya.  Aamiin. 

Setiap hari. Cuma sebulan. Kalau pun disambung puasa sunat tidak setiap hari juga. Namun begitu tetap berdoa minta lemahnya nafsu itu sentiasa lebih-lebih lagi nafsu yang liarnya bukan-bukan. Bahaya oii. 

Harimau tidur jangan dikejut. Betullah. Cari bala. Tapi diri kita ni lain macam. Otak dan nafsunya boleh berperang dan main peranan masing-masing ikut garis waktunya.  Kadang kewarasan lebih tinggi.  Kadang nafsu lebih mendominasi. Semoga Ramadan ini menjadikan kita lebih baik segenap sudut.  Aamiin. 

Tinta Perdu Cinta ❤
LEBIH LAMA LEMAH BERBANDING LIAR NAFSUNYA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama