TERUS MENJADI JAHAT ATAU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK

TERUS MENJADI JAHAT ATAU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEMUA yang lahir dan dilahirkan baik. Putih. Bersih. Suci. Semuanya. Tak ada yang lahir pada dahinya cop yang aneh-aneh, yang tidak baik. Oh ini nanti tukang pukul. Oh ini nanti tukang bohong. TIDAK ADA. Ibu bapa kita sendiri pun sehabis baik selagi boleh beri didikan yang TERBAIK. Menafkahi sesempurnanya. 

Antara takdir dan kesilapan. Perjalanan hidup ini tidak boleh diramal. Awal, pertengahan dan akhirnya bagaimana. Sebab PC sendiri alami. Nikmat Kalau Allah nak beri sekelip mata. Kalau Allah SWT nak ambil semula pun sekelip mata. Kalau kita kurang usaha, masa nya tiba tetap menjadi. Kalau kita jaga sungguh-sungguh Allah nak ambil, tetap diambil juga. 


TERUS MENJADI JAHAT ATAU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK

Ada takdir MUBRAM iaitu takdir yang sudah dicatat pada Luh Mahfuz, tiada pengurangan, penambahan dan pengubahan. Ada takdir MU'ALLAQ iaitu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah namun boleh berubah sesuai kehendakNYA dan sesuai mengikut ikhtiar dan doa kita. Allah sangat baik. Sangat-sangat. MAHA Pemudah dan Pemurah. Kalau dengan ilmu, akal yang waras dan iman yang betul kita bertindak atau lakukan sesuatu in sya Allah baik-baik sahaja semuanya. Kalau sebaliknya itu bererti kesilapan diri sendiri. 

Bila terjerumus disatu keadaan yang tidak sepatutnya, jadi, sekarang ni balik pada diri sendiri mahu TERUS MENJADI JAHAT ATAU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK. Ini sahaja pilihannya. Bermula daripada diri sendiri. Kalau mula-mula memilih menjadi jahat adalah kehendak sendiri bermakna boleh jugakan pilih untuk menjadi lebih baik. Pilihan. Jangan salahkan takdir. Kerana ada takdir mu'allaq. Usahakan dulu mula daripada diri sendiri. 

Tuhan tidak zalim sehingga tidak memberi kita ruang dan peluang. Cuma diri sendiri mahunya atau dan yang mana.

Tinta Perdu Cinta ❤
TERUS MENJADI JAHAT ATAU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Hari2 berdoa mohon pd Allah jdkan hambanya yg baik dan pelihara hati agar tidak terpesong pd jalanNya
    Jd umat NabiMuhammad saw yg dikasihi
    aaminn

    BalasPadam
  2. Semoga setiap hari kita sentiasa menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama