MEMBERSIHKAN DAN MENGGANTIKAN

MEMBERSIHKAN DAN MENGGANTIKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Lautan yang sangat-sangat tenang boleh bertukar berombak ganas sekelip mata. Langit yang terang benderang boleh bertukar mendung yang gelap pekat. Yang tadinya ketawa bersuka ria boleh berubah menangis dalam sedetik waktu. Ya, semuanya boleh terjadi. Tidak mustahil berlaku. Semua atas mahunya Allah SWT. 

Dan ya juga

Semua sesuatu yang terjadi ada sebabnya. Semua ada alasannya. Melakukan kerana ada alasan. Berlaku ada alasannya juga. Manusia iaitu kita adalah pelaku dan perantara. Makhluk lain juga adalah perantara. Semua ada peranannya masing-masing juga. Cuma peranan hitam atau putih, mana satu yang dimainkan dan lebih mendominasi. 

Kalau hari ini apa yang kita ada Allah swt ambil semula itu bererti Allah swt mahu menguji kita. Sabar kita. Reda kita. Tawakkal kita. Boleh jadi yang kita rasa baik,  elok,  sesuai dengan kita itu bercanggah dengan susunan daripada-NYA. Semuanya sebenarnya tidak baik untuk kita. Sedang bila sesuatu itu dirasai menyakiti, membebani dan menggalakkan hati, tidak diingini oleh kita sedang Allah tahu ini yang paling tepat untuk kita maka diberi juga kepada kita. 

MEMBERSIHKAN DAN MENGGANTIKAN

Tidak mudah mendidik hati selalu redha. 

Boleh jadi redha cuma dilisankan sahaja tidak sampai ke dasar jiwa. Tetapi terkadang dengan lisan yang berkali-kali itu juga boleh melembutkan jiwa untuk setara dengan rasa redha yang sedang disemai. Lisan itu satu doa. Mulut melisankan. Telinga mendengar moga hati lembut dan lentur. Biarpun memerlukan jangka waktu yang panjang untuk reda. 

Membersihkan dan menggantikan. 

Tidak terhitung nikmat yang Tuhan beri pinjam kepada kita. Kita nikmati. Kita rasai. Kita manfaatkan. Banyak sangat-sangat. Dalam banyak-banyak nikmat itu mungkin cuma sedikit yang kita syukuri. Dan apabila Tuhan turunkan ujian,  dekatkan dugaan kepada kita mungkin ini cara DIA membersihkan kita daripada segenap sisi yang ada untuk dihentikan dengan sesuatu yang lebih dan terawat baik membuatkan kita lebih menghargai, bersyukur dan belajar.  

Bila Allah SWT sayang,  tentu Allah SWT mahu memberi yang terbaik untuk kita. Tentu juga DIA mahu membersihkan kita terlebih dahulu sebelum menggantikan dengan yang lebih baik.  Semoga kita segera sedar dan bersyukur juga. Aamiin. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Membersihkan Dan Menggantikan


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Morning PC... semoga hari ini hari yang baik untuk kita semua :)

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KARUNIA-NYA MELIMPAH RUAH

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama