PELANGI UNTUK SEMUA

PELANGI UNTUK SEMUA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. GARIS waktu tidak sama bukan bererti tidak ada. Kalau pun apa yang dimahukan tidak dipinjamkan di dunia, in sya Allah nanti dihadiahkan di syurga-Nya. Alam abadi. Kekal selama-lamanya. Nikmatkan. 

Pelangi untuk semua. Senang tidak dicapai dengan mudah bagi sebahagian daripada kita. Susah pun tidak pernah dimahukan oleh sesiapa sahaja. Tanyalah. Tapi, kita yang bergelar hamba-NYA tentu sahaja akan merasai semua sebagaimana yang Allah SWT mahukan. Itulah namanya ujian hidup. 

Hidup tidak sentiasa tenang. Hidup juga tidak selalu bergelora. Allah SWT kan aturkan. Akan mengemudi semuanya. Tapi kita ni jangan berserah sahaja. Usahalah sikit. Baharulah nanti bantuan daripada-NYA mendekat. Kena mulakan. Tak kisahlah macam mana usaha tu asal takde berterbangan dengan hukum. 

Dahannya ke, ranting ke, tunas pokok kelapa bila patah in sya Allah tumbuh semula tau. In sya Allah. Macam tu jugalah dengan diri kita. Rasa sedih, putus asa,  itu ada dalam sanubari manusia. Tapi ingatkan diri, pelangi tu ada.  Ada untuk semua orang lihat indahnya. Cuma rezekinya sahaja tidak tahu bila. 

Baikkan Allah. Baik sangat-sangat. Jauh tapi pasti untuk dinikmati pandangan mata. Itulah pelangi. Manakala nikmat-nikmat lain, sungguh tidak mampu untuk dihitung. Syukur.  Alhamdulillah. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Pelangi Untuk Semua 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Paling penting jangan putus asa. Man jadda, wa jada. Usaha, pasti Allah jayakan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama