RAMADAN PROSES DRASTIK

RAMADAN PROSES DRASTIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SUNGGUH. Segenap sudut proses drastik untuk sesiapa sahaja.  Kalau yang tidak biasa puasa sunat, masuk Ramadan terus puasa wajib itu satu tindakkan drastik mengajar perut beristirehat. Semua ada proses. Salah satu puasa sunat adalah membinasakan atau mengajar perut untuk beradabtasi ketika Ramadan. Membiasakan. 

Kalau susah bangun awal pagi, susah mahu bersarapan, bila puasa digalakkan bangun awal untuk bersahur setiap hari. Gigih tu bangun awal pagi, sediakan juadah sahur dan bersahur. Mata mengantuk berat. Nafsu makan ke laut China Selatan. 

Selalu solat Maghrib boleh santai di rumah. Tapi sekarang lepas Maghrib kena bergegas ke surau atau masjid untuk solat Isyak dan terus bertarawih ikut kawasan masing-masinglah jumlah rakaat tarawih yang dilakukan. 

Selain daripada itu,  ramai juga peniaga junior mula berniaga.  Pengalaman pertama. Pertama kali. Cuba-cuba. Cuba, ada kualiti, tak berkira kuantiti in sya Allah berpanjangan rezekinya nanti walau setelah selesai Ramadan. 

Ramadan proses drastik. Ibadah yang manis dan banyak nikmat dirasai bagi sesiapa yang benar-benar menghayati. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Ramadan proses drastik 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. kebiasaan seminggu pertama saja nak sesuaikan diri. masuk minggu kedua dah serasi. waktu nilah Ramadan terasa cepat berlalu

    BalasPadam
  2. Dah seminggu kita berpuasa
    Dah tentu dapat sesuaikan keadaan

    BalasPadam
  3. Bila dah masuk minggu kedua puasa, dah tidak terasa drastik.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama