SEJAUH MANA TERKESAN DAN MEMBERI KESAN

SEJAUH MANA TERKESAN DAN MEMBERI KESAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TERKESAN itu pada diri kita. Apa yang kita rasa. Memberi kesan itu daripada hal yang terjadi ada tak momentumnya kepada sasaran. Kalau terkesan maka berjaya. Tapi kena lihat juga. Hal yang terjadi dan memberi kesan tu condongnya ke mana. Baik atau sebaliknya,  tidak baik atau negatif. Mesti sangat jelas. 

Sejauh mana terkesan dan memberi kesan. Kita lihat dan dengar kita rasa terkesan dan kita mempelajari. Menerima. Atau paling tidak pun ada juga yang kita tidak sihat,  tidak dengar juga tapi kita sendiri mencarinya sebagai contoh cari di media sosial dan sebagainya. Sekarang setiap media sosial mewah dengan pelbagai perkongsian jugakan. Itu ini. Begitu begini. Macam-macam. 

SEJAUH MANA TERKESAN DAN MEMBERI KESAN

Persoalannya memberi kesan dan Terkesankah kita. Buat kita berubah jadi lebih baik atau sebaliknya kerana dari sudut pandang PC walau tidak semua namun sebahagian daripada kita sangat mudah percaya dan terheret dengan sesuatu berita,  cerita juga peristiwa, betul atau palsu tidak diambil kira. 

Alangkah indahnya kalau memberi kesan, dan kita terkesan hingga mengubah kita menjadi lebih baik ketika  berhadapan dengan sesuatu hal itu. Tidak cuma seperti angin lalu. Tidak seperti masuk telinga kanan laju keluar daripada telinga kiri. Nampak tak. Sebab tidak semua sia-sia. Ada saja yang boleh dipelajari. 

Kalau cuma melihat dengan mata yang celik tapi mata hati tertutup rapat, tidak mustahil biasa sahaja semua.  Kalau simpati dan empati seketika. Kalau rasa marah atau geram cuma macam pura-pura. Jika sedih pun cuma ala kadar sahaja terpaksa. Selepas itu sudah bagaikan tidak ada api yang terjadi perlu tindakkan selanjutnya daripada kita. 

Tinta Perdu Cinta ❤
SEJAUH MANA TERKESAN DAN MEMBERI KESAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Mrs. A terrkesan sangat dengan kisah viral #justiceforbella sekarang ni.
    Tak boleh nak hadam kenapa ada orang sampai hati menyiksa manusia samapai tahap macam tu.

    BalasPadam
  2. TERKESAN EMPATI MERASAI N MEMBANTU

    BalasPadam
  3. Kalau terkesan menjadi lebih baik itu bagus untuk kita kan PC..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama