SELALU YA ADA PERLUNYA SESEKALI TIDAK

SELALU YA ADA PERLUNYA SESEKALI TIDAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TERIMA kasih Ya Allah masih izinkan PC berkongsi sedikit artikel diblog ini.  Jom kita berselawat. SubhanaAllah. Syukur. Cantik cuaca. Tenang. Damai. Santai. Nikmat mana yang mahu kita dustakan. Tidak ada walau sekecil debu. 

Nikmat. Tidak ada yang menolak nikmat. Bezanya ada yang ingat dan bersyukur. Ada juga yang lupa dan kufur. Semoga kita tergolong menjadi manusia yang ingat dan bersyukur. Aamiin. Ini tidak langsung meningkatkan kualiti iman kita kepada-Nya. Bersyukur daripada hati, ucap dimulut. Tunjukkan dengan perbuatan. In sya Allah kita boleh. 

SELALU YA ADA PERLUNYA SESEKALI TIDAK

Boleh 'ya' dan boleh 'tidak'. Maksudnya dalam hidup kita banyak memerlukan kita membuat pertimbangan dan keputusan. Tak kiralah jangka panjang atau jangka pendek. Tak pedulilah untuk hal besar atau hal kecil dan biasa-biasa saja tapi tetap buat keputusan. Contoh mudah, dalam perjalanan nak balik rumah, sakit perut nak buang air besar. Nak tunggu sampai rumah baru buang air besar atau cari mana-mana tempat isi minyak tumpang tandas dulu. Haaa gitu. 

Bila selalu 'ya' kadang ada yang suka ambil kesempatan dan menyukarkan keadaan. Itu belum lagi diingat langsung tidak tahu apa-apa sehinggakan orang lain ada rasa dan niat mahu menguasai. Angkara sentiasa dan mudah 'ya' sahaja. Walhal 'ya' kerana tidak mahu panjang cerita,  tidak suka buang masa,  mahu mudahkan urusan sendiri dan orang lain juga. Nampak tak. 

Justeru itu kena 'tidak' sesekali dan apabila perlu. Memang susah. Rasa beratnya hati. Tidak sampai hati. Memang. Biasanya itu yang terjadi. Tidak mengatakan 'tidak' namun kadang ianya membantu menyelesaikan banyak masalah. Meringankan hati dan fikiran kita juga. Walau mungkin bila kita kata 'tidak' itu ada yang kecil hati, marah, sedih dan masam muka dengan pelbagai persepsi, tak apalah. Mampu tak mampu. Boleh tak boleh, cuma kita dengan Allah yang tahu. 

SELALU YA ADA PERLUNYA SESEKALI TIDAK sangat perlu. 

Tinta Perdu Cinta ❤
SELALU YA ADA PERLUNYA SESEKALI TIDAK 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama