TIADA RUGINYA TAMBAH ILMU

TIADA RUGINYA TAMBAH ILMU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA banyak cara untuk sesiapa sahaja berusaha untuk tambah ilmu. Sama ada formal atau tidak formal.  Apatah lagi zaman sekarang semuanya dihujung jari. Banyak boleh dipelajari melalui media sosial dan kelas-kelas dalam talian juga banyak dianjurkan. Ada yang boleh diakses secara percuma. Boleh juga diakses tapi dengan yuran tertentu. 

Tiada ruginya tambah ilmu. Sikit-sikit nanti lama-lama bertambahnya banyak dengan syarat rajin. Bergurulah. Tanya dan rujuk. Jangan sendiri-sendiri. Lagi satu, bila nak tambah ilmu ni mesti ada cabarannya. Kalau lepas cabaran in sya Allah berjaya. Kalau patah semangat bukan tak berjaya, berjaya juga tapi sekadar itu sahajalah. 

Bila ilmu dah bertambah, jangan sombong. Jangan kedekut ilmu sebab ilmu tidak Allah punya. Cuma dipinjamkan kepada kita. Dah tu cikgu kenapa dibayar gaji. Kenapa tak mengajar dengan ikhlas sahaja.  Guru itu satu kerjaya. Kerja. Kemahirannya, ilmunya disalur menjadi satu perkhidmatan. Mungkin dalam seorang guru itu mengajar telah banyak ilmu yang dikongsikan lebih daripada sepatutnya. 

Sesiapa sahaja boleh tambah ilmu. ILMU YANG BETUL. Memang kena tegaskan, tambah ilmu yang betul kerana ilmu yang tidak betul atau ilmu yang salah tersangatlah banyak. Kalau tak pandai pilih rosak. 

Usia bukan alasan. Bukan juga halangan. Selagi boleh, usahakan tambah ilmu. Ilmu yang mudah dipelajari dan dipraktikkan. Ilmu yang boleh Sedangkan kita disenangi dunia dan di akhirat apatah lagi.  Gitu. Bolehkan. 

Kalau tambah ilmu untuk nama, nama akan diperolehi. Kalau tambah ilmu kerana fardhu kifayah boleh jadi ibadah nantinya. Tiada ruginya tambah ilmu. Untuk diri sendiri. Untuk orang lain juga yang boleh kita bantu. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TIADA RUGINYA TAMBAH ILMU


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Dah tua2 ni lebihkan mendalami ilmu akhirat

    BalasPadam
  2. Teringat pada kawan satu batch "lain jurusan" sewaktu belajar secara luar kampus dulu yang mana kami berkongsi kelas. diusia 50an di belajar dan dipertengahannya beliau terkena strok. Tapi habis saja cuti sakit beliau datang kembali ke kelas walaupun terpaksa bertongkat dan jalan menggigil. Sangat inspiring

    BalasPadam
  3. dari melayari benda-benda viral, lebih baik menambah ilmu dengan membaca perkara berfaedah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama