ASALKAN TUTUP DAN LINDUNGI AURAT

ASALKAN TUTUP DAN LINDUNGI AURAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KERASnya larangan atau tegahan dulu-dulu. Sungguh!, sebab PC rasa benda ni. Apakah?. Bila hari raya nak ke mana-mana pergi beraya mesti pakai baju kurung. Ah sudah. Kalau yang jenis suka dan pencinta baju kurung ok, tapi kalau biasa-biasa je tak ke pergi beraya dalam keadaan hati merintih tiada siapa yang tahu. Gitu.

Seiringnya waktu. Sepantasnya zaman. Bayak yang dah berubah. banyak yang dah boleh dan belajar bertolak ansur dengan cara dan pilihan masing-masing. Dulu PC jangan kata pergi ke mana-mana pakai baju kurung, tidur malam pun suka pakai baju kurung. Hahahahaha. Sampai sekarang pun. Cuma sekarang dah campur-campurlah.

ASALKAN TUTUP DAN LINDUNGI AURAT
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Jujurnya memanglah nampak lebih sopan dan tertib bila pergi rumah orang, datang ziarah apatah lagi ketika hari raya ke, ada majlis kenduri ke pakai baju kurung terutama perempuan. Betul, tapi sekarang ni, dah boleh pakai jubah, abaya, blouse muslimah, palazo dan banyak lagi yang extra size. Cuma kena bijak memilih dan membeli. Kena sesuaikan la.

Sekarang ni lebih terbuka dalam bab mengenakan pakaian ketika berhari raya dan menghadiri majlis kecuali majlis tertentu dan telah ditetapkan dresscode nya. Dan telah ditetapkan tema serta tema warnanya, haaa itu lain. Terbuka tu bukan la maksudnya engko pergi beraya, datang rumah orang pakai seluar senyum lebar kat lutut. Cukuplah senyum lebar dimulut dan bibir.

Faham-faham sendirilah. Rasanya kalau tak diberitahu pun boleh fikir dan faham sendiri gitukan apa yang boleh dan tidak. Apa yang sesuai dan tidak sesuai. Lagi satu asalkan tutup dan lindungi aurat in sya Allah luluslah. Bila kita pakai tu tak heret orang tua dapat nama buruk alhamdulillah tu.

Senangkan. Tapi tak semua boleh diambil mudah tau.

Tinta Perdu Cinta ❤
ASALKAN TUTUP DAN LINDUNGI AURAT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Apa yang penting usaha kita untuk tutup aurat sebaiknya :)

    BalasPadam
  2. bagi wanita hendaklah menutup aurat spt yg dianjurkn oleh agama kita. janji sopan n x mencolok mata. ada yg tutup aurat tp pakai ketat2! Adoi! siksanya mata melihatnya..

    BalasPadam
  3. Mak suka sangat dengan baju kurung. Kemana saja, mesti berbaju kurung, staycation, lepak mamak, pergi shopping. Hehe.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama