BERAYA DI RUMAH SENDIRI

BERAYA DI RUMAH SENDIRI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TABIAT daripada kecil. Suka beraya di rumah sendiri. Memang perangai sungguh. Sampai sekarang susah nak ubah. Tapi ada perubahan sedikit je. 

Jom sambung cerita.  Dulu masa kecil, PC suka cari peluang. Tengok mama tengah sibuk Kat dapur. Tengah masak. Tengah baring sambil tengok tv kan.. PC keluar senyap-senyap. Lepas tu bagi salam macam orang datang beraya. Suara tu ubah la sikit. Banyak kali juga makan terkena. 

Ada satu masa tu bila PC bagi salam, mama pun respond cantikkkk je,  " Waalaikumusalam, kejap ya makcik basuh pinggan.. Jua tengok ada orang datang beraya.. ". Masa ni rasa nak meletop dada tahan ketawa. Mama pun terus ke pintu sekali tengok anaknya.... Buatnya ni tak sampai 20 minit..  Kena bebel sampai malam. Rasa macam tak berbaloi je. 

BERAYA DI RUMAH SENDIRI



Sekarang pun sama, cuma sekarang lagi advance la.  Acah-acah bagi salam. Macam tetamu. Masuk makan kuih. Lagi sedih,  engko dah makan engko kena la isi lagi mana cepu yang dah kosong tu.. Faham tak. Lagi la kalau puasa sunat. Atau puasa qada.. Berbuka je ngadap cepu kuih raya. Tetamu tetapkan senang cakap. Ermmm. Lemah.

Beraya di rumah sendiri. Awak pura-pura sebagai tetamu boleh jadi. Atau awak memang pilih sambut raya di rumah sendiri. Maksudnya tak beraya di rumah ibu bapa sendiri atau belah mertua juga tidak,  pun boleh jadi. Yang mana, ikutlah situasi masing-masinglah ya. Gitu. 

Tak kisahlah mana pun situasinya. Raya jadi satu garis waktu yang menarik kepada sesiapa pun kerana ianya boleh menarik kita ke album kenangan silam. 

Tinta Perdu Cinta ❤
BERAYA DI RUMAH SENDIRI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. He hee lawak pc ni
    buat kejutan kat mama ye

    BalasPadam
  2. Amboii PC...bukan main eh..eh..akak tgh craving tart mcm dalam gambar tu...terus craving tu melampau2 dah ha...dapnyaaaa

    BalasPadam

  3. Memang banyak kenangan raya jaman kecik2 dulu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama