PANAS SUNGGUH-SUNGGUH HUJAN PUN SUNGGUH-SUNGGUH

PANAS SUNGGUH-SUNGGUH HUJAN PUN SUNGGUH-SUNGGUH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KALAU rasa panas dan bahangnya sampai ke malam begitu jugalah rasa sejuknya sampai menggeletar. Sebagaimana sekarang, ini yang sedang Allah SWT beri, seimbang. Panas dan hujannya bergelang seli juga. Alhamdulillah. Nikmat?.  Sudah tentulah.  

Bila panas sungguh-sungguh ini yang jadi cabaran ketika berpuasa. Bila panas sangat-sangat terik tekak mudah rasa dahaga. Apatah lagi bila badan sentiasa berpeluh, tentu sahaja tidak selesa. Melekit satu badan. Waktu siang cabaran beraktiviti. Waktu malamnya nak tidur kurang selesa. 

Tapikan bila hujannya pun bersungguh-sungguh dengan kilat, guruh dan angin kuat, memang rasa nyaman. Sejuk. Sekali rasa takut pun ada juga. Hujan terlalu lebat tak langsung membuat sesiapa sahaja yang sedang memandu kenderaan perlu lebih berhati-hati.

PANAS SUNGGUH-SUNGGUH HUJAN PUN SUNGGUH-SUNGGUH. Begitulah yang Allah SWT mahu maka itulah yang terjadi dan kita terima. Cuma jangan lupa bersyukur sahaja kita ni. Termasuklah PC pun. Kadang lupa juga bersyukur. Asyik mengeluh je. Apa nak jadi ntah.  Ya Allah. Tak taku azab agaknya ya ko PC. 

Bila panas sungguh-sungguh beri rezeki berganda pada peniaga air dipinggir jalan. Bila hujannya pun sungguh-sungguh tambah rezeki orang yang jual makanan. Dahaga dan lapar. Begitulah kehidupan. 

Tinta Perdu Cinta
PANAS SUNGGUH-SUNGGUH HUJAN PUN SUNGGUH-SUNGGUH

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Pernah alami panas macam ni. Mandi pun masih terasa panas. Ibarat matahari terpacak atas rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat-sangat. Allahuakbar.

      Padam
Terbaru Lebih lama