PENDAPATAN TETAP SETIAP HARI

PENDAPATAN TETAP SETIAP HARI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PENDAPATAN tetap ada banyak cara untuk mendapatkannya. Tetap tu bermaksud sentiasa ada setiap bulan pada waktu yang sama dengan kuantiti yang selayaknya atau sepatutnya. Bila sebut pendapatan, ada yang dikira hari tapi dibayar bulan. Ada yang memang dikira hari dan bayarnya pun harian dan seperti biasa kira bulan bayaran per bulan. Lagi satu, cakap kira hari, kira minggu, kira bulan tapi tak bayar langsung pun ada. Hehehehe.

Pendapatan tetap setiap hari ni pun ada juga, contoh paling mudah peniaga. Setiap hari ada pendapatan cuma yang membezakan adalah jumlahnya sahaja. Mungkin hari ini lebih sikit. Esok kurang sikit dan lusa tak terduga sebab belum berlaku lagikan. Rezeki kita ni memang dah ada pun. Dah tersedia pun cuma bila dan berapa kadarnya kita tak tahu. Kan Allah rahsiakan. Ini contoh mudahnya blogger. Ada pendapatan daripada Google Adsense. Ada pendapatan daripada review berbayar. Pendapatan ni pun ada skalanya. Ada kadarnya. Ada yang lebat tawaran. Ada yang tawarannya kemarau. 

Adakala pendapatan ini menjagi perbandingan. Menjadi perlawanan. Menjadi buah mulut dan meletakkan kedudukan seseorang. Banding membanding itu paling selalu terjadi. Jadi tertekan orang. Buat orang malas nak bersosial oi. Buat orang rasa tawar nak berukhuwah juga oi. Hentikanlah. Satu perkara yang mungkin dilupakan adalah memang dariapda awal lagi setiap kita ni ada pendapatan tetap masing-masing juga.

Pendapatan istimewa. Malaikat pulak tu yang catat. Pahala. Dosa. Dua ini adalah sebenar-benar pendapatan tetap yang sepatutnya diambil kira dan penting. Tak payah nak risau dan hitung serta membandingkan pendapatan orang dengan kita. Lebih baik sibuk dan risau dengan pendapatan tetap yang dua ini. Mana yang lebih deras masuk dan bertambah. Mana yang laju keluar dan kian berkurang. Atau seimbang kedua-duanya. Kalau boleh dosa tu biar kosong walau tidak mungkin apatah lagi PC ni ha.

Sertiap hari kita dapat gaji. Bukan per hari juga sebenarnya tapi per minit dan per detik boleh jadi. Buktinya kalau kita sentiasa zikir sentiasa juga pahala masuk. Kan itu persaat sahaja. Betullah selalu kita dengar, saham akhirat. Kita labur sentiasa nanti kita terima ganjaran dan tuai di sana. Tapi nak kekalkan hasil pelaburan dan pendapatan yang baik itulah yang susah sangat-sangat. Dalam hati berzikir. Dalam hati juga mengata senyap-senyap. Mulut yang ni baca ayat Al Quran eh mulut ni juga yang dok ngata orang sana sini. 

Kesimpulannya, pendapatan tetap setiap hari ni adalah gaji daripada Allah kepada kita. Perlu lebih diperhatikan. Asingkan mana tidak perlu. 

Tinta Perdu Cinta
PENDAPATAN TETAP SETIAP HARI


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. begitulah... dunia sosial. Sebolehnya nak menunjuk, pendapatan kita lagi banyak, kita lagi bagus.

    BalasPadam
  2. Ada pendapatan untuk dunia, ada pendapatan untuk akhirat

    BalasPadam
  3. Wahh.. saya terus terbaca sebab nampak pasal hal pendapatan.. Okaylah, faham tentang pemdapatan dari Allah.. Syukur masih diizinkan untuk mendapatkan pendapatan tersebut..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama