BELAJAR JADI BIJAK KETIKA MENILAI

BELAJAR JADI BIJAK KETIKA MENILAI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SATU kata pertama daripada PC adalah susah. Memang perkataan susah tu satu perkataan yang beraura kurang baik tapi itulah hakikatnya mahu belajar jadi bijak ketika menilai. Susah nak menilai dengan bijak atau lebih tepat menilai dengan matang. 

BELAJAR JADI BIJAK KETIKA MENILAI. Diri sendiri pun mesti nak dinilai oleh orang lain dengan bijak. Macam tu jugalah orang lain. Mahu dinilai oleh kita dengan penilaian yang matang dan bijak. Penilaian yang diberi mendatangkan banyak kesan. Sebab ianya akan menentukan imej dan persepsi daripada sekeliling juga. 

Dalam setandan kelapa tidak semua busuk. Jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Bila marahkan seekor nyamuk jangan satu kelambu dibakar. Nampak tak. Jangan kerana seorang yang lain semua kena. Jangan seorang yang buah hal semua dihukum dan terhukum. 

Sebenarnya jangan kata di luar sahaja, dalam keluarga sendiri pun macam tu jugalah. Mesti belajar jadi bijak ketika menilai.  Jangan bagi alasan nak ADIL semua disamakan. Itu bukan adil, tapi dah jadi menzalimi la pulak. Konon tak nak kecilkan hati orang yang buat salah tu bila ditegur atau dimarah, penyudahnya semua kena. Kesian yang tak tahu apa-apa. 

Jangan kerana penilaian kita yang entah apa-apa, orang yang dulunya tidak baik, nak berubah jadi baik terus tak jadi dan kembali bertambah buruk. Nampak tak kesannya. Kalau tidak mahu menyokong jangan menjatuhkan. 

Tidak perlu beranggapan semua orang sama. Kesian orang yang tidak begitu. Tidak melakukan apa-apa rapi terheret. Cuba buat penilaian berdasarkan individu. Tidak menarik atau mengaitkan dengan yang lain. In sya Allah boleh Sebenarnya walau sudah. PC akui memang susah kerana macam mana pun mesti nak kuatkan atau ungkit yang lepas-lepas. Sebab itulah kena belajar. BELAJAR JADI BIJAK KETIKA MENILAI.

Tinta Perdu Cinta ❤
BELAJAR JADI BIJAK KETIKA MENILAI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama