TAMAT MEI PENGHUJUNG SYAWAL

TAMAT MEI PENGHUJUNG SYAWAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Diam tak diam, buat itu buat ini, dah hujung Mei. hari akhir di bulan Mei. MasyaAllah. Alhamdulillah. Sekarang ni kita semua pun dah berada dihujung-hujung Syawal kan. Syawal dah nak labuhkan tirai. Semoga untuk tahun-tahun seterusnya Allah masih lagi izinkan kita semua berpuasa dan sambut Syawal lagi. Aamiin.

PC rasa sekarang ni masih ada lagi yang berada di kampung. Walau tak ke mana-mana, boleh je balik kampung lepak-lepak kat rumah. Habiskan baki raya dengan keluarga. Ada juga yang sambut macam raya pertama sebab baharu selesai puasa sunat kan. Mengapa tidak. Selagi ada masa, ada rezeki manfaatkan dan isi dengan hal berfaedah sebaik-baiknya. 

GAMBAR HIASAN- SUMBER

Tamat Mei penghujung Syawal. Tak kurang juga ada yang ambil kesempatan buat majlis pernikahan juga walau mungkin bukan cuti hujung minggu kerana apa yang PC perasan sekarang, dek kerana masih tidak digalakkan undang tetamu yang ramai jadi majlis akad nikah diadakan bila-bila masa sahaja. Majlis wajid selesai, sedikt jamuan ringkas disertai dengan beberapa orang saudara mara sudah memadai dan disyukuri juga.

Alhamdulillah Allah rezekikan kita menyambut Syawal. Bulan lima pun dah berakhir.Bakal melangkah bulan keenam bererti memasuki fasa setengah tahun 2022 kita semua in sya Allah esokkan. Allahu. Rejab, Syaban, Ramadan, Syawal. Allahu. Rejab, Syaban seterusnya mengharapkan Ramadan. Kemudian meraikan Syawal, bersyukur Allah masih izin kita menikmati hal-hal indah untuk dinikmati dan dikenang. 

Langkah-langkah baharu akan bermula. Semoga lebih baik dan teratur. Lebih benar berada atas landasanNYA. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
TAMAT MEI PENGHUJUNG SYAWAL

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. alhamdulillah may berlalu dgn seribu kemanisan dan kepahitan kehidupan
    dan Esk june comingg yg dinanti
    bln kelahiran ciknur pula

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH SAMBUT SYAWAL DGN MERIIAH

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama