PERBELANJAAN BERGANDA

PERBELANJAAN BERGANDA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BIAR betul. Betul. Memang tak pelik atau kurang pelik. Dah nama pun raya kan. Gitulah kebiasaan yang kalau boleh jadikan tak biasa. Maksudnya perbelanjaan berganda tu jangan jadikan kemestian setiap kali Syawal. Boleh je tidak. Cer jawab. 

Mungkin ada yang boleh. Mungkin ada yang tak boleh. Mesti ramai yang samar-samar je antara boleh dan tidak boleh. Setahun sekali gitu katanya. Betul juga. Berbaju baharu sedondon. Serba baharu dari hujung kepala hingga hujung kaki. Boleh je asal tak sampai membazir ya. 

PERBELANJAAN BERGANDA

Perbelanjaan berganda. Apa yang selalu PC perhatikan adalah bil elektrik dan bil air. Hehehe. Pengalaman sendiri, perhatikan bil di rumah mama babah dan mertua. Memang berganda. Terutama bila elektrik la. Adakah disebabkan masing-masing tekun gosok pakaian yang berhelai-helai dan berpasang-pasang. Belum lagi alat elektrik yang kerap dipasang dan digunakan dalam waktu yang lama. Boleh jadikan. Lagi satu bila raya ni tidur pun kadang lewat malam. Sembang.

Macam tu jugalah perbelanjaan dapur ya. Nak jimat boleh. Tapi sebulan ke dua bulan sebelum Syawal bertani dulu. Tanam pokok sayur-sayuran. Agak-agak tanam boleh tuai hasil raya. Haaa gitu. Sebab mertua PC buat. Babah pun. Sikit-sikit pun ok je. Serai. Cili. Kacang panjang. Jimat juga tau. Sekarang sayuran harganya pun wow jugakan. Gitu. 

Perbelanjaan berganda. Berganda boleh terima lagi. Tapi kalau berganda-ganda tu yang mengerikan. Jadi dalam keadaan sekarang ni, mana boleh abaikan maka abaikan. Pilih yang terbaik diperlukan. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Perbelanjaan Berganda

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Betul tu PC, Bila raya jer mesti ada adhoc dan perbelanjaan berganda..sebab tu lepas raya kena la betul2 berjimat nak sampai semula hari gaji 25hb...bukan takde langsung duit tapi ada yang lagi penting nak di dahulukan

    BalasPadam
  2. musim raya mmg berganda belanjanya

    BalasPadam
  3. Bulan puasa, bulan raya memang berganda belanjanya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama