GILIRAN BALIK BERAYA

GILIRAN BALIK BERAYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ISU besar bagi sesetengah pasangan. Tidak menjadi isu langsung bagi sesetengah pasangan yang lainnya. Ya. Ada pasangan suami isteri memang dah bincang daripada sebelum kahwin lagi dan memang ikut seperti mana dibincangkan. Ada yang memang pasti berbangkit isu ni. Lebih sedih, mula-mula kahwin ok, eh lama-lama macam dah tak ikut giliran pulak.

Giliran balik beraya. Dulukan baik saudara mara, sepupu ke yang dah kahwin, cakap baik kau kawin dengan orang lain negeri, maksudnya cari yang jauhlah gitu nanti balik raya boleh fokus satu rumah lebih lama. Kalau dekat tu yang susah sebab nanti boleh curi-curi pengelat. Hahahahaha.  Lucu. Entah, lucu je bagi PC. Apa punya nasihat dan cadanganlah. Tiba-tiba, bila tiba masa, waktu giliran rumah mak bapak sendiri muka kau berseri, bila giliran mertua macam la kena seksa. Ermmm lemah. Dah tu bila jumpa PC boleh pulak cakap "untunglah kau dekat..". Pulak. 

GILIRAN BALIK BERAYA
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Alhamdulillah  daripada awal kahwin PC dan encik suami tak ada masalah bab giliran raya. Memang dah dibincangkan sebelum nikah lagi. Semoga terus dipermudahkan sampai akhir hayat la.  Aamiin. Satu kawasan daerah, berbeza kampung itu rezeki. Kalau nak gaduh boleh je.  Kalau ikut ego dan keras kepala pun boleh je. Tapi nak buat apa. Mana boleh mudah maka mudahkan. Mana boleh lebih kurang, lebih kuranglah. Paling penting jangan ambil kesempatan. 

Macam tu jugalah kalau berjodohan dengan pasangan yang berbeza negeri. Jauh beratus kilometer. Pasangan kena saling memahami. Lagi satu keluarga dua belah pihak sangat perlu memahami dan mendukung juga. Jangan jadi minyak dan api. Kadang isu giliran raya boleh bercerai berai. Nauzubillah. Macam remeh je, tapi besar kesannya. 

PC selalu percaya, apa yang kita nak belum tentu itu yang TERBAIK untuk kita. Bila balik beraya, ni la masa berkumpul sama-sama tapi kena cakna juga wahai saudara mara, ibu bapa dan adik beradik ya, isteri ada keluarga. Suami ada keluarga. Kalau setiap tahun wajib lengkap semua satu Syawal, itu menggalakkan "kau raya dengan keluarga kau" dan "aku beraya dengan keluarga aku". Tak elok juga.  Tak manis. 

Sebab tu semua kena main peranan. SALING memahami dan menerima. Jangan tamak keberadaan untuk terus bersama-sama sedangkan ada tuntutan masing-masing baik dengan keluarga sendiri dan keluarga mertua juga. 

Tinta Perdu Cinta ❤
GILIRAN BALIK BERAYA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. kami kampung kelantan tp parent kt gombak..mertua kt keramat..dkt je la...dh byk thn juga raya kt kl so tkde masalah..yg penting tolak ansur kalau yg kampung lain2 negeri tu kan

    BalasPadam
  2. Ada juga kawan kita yang satu daerah tapi bila raya berpisah rumah, sebab memasing kena tolong masak utk rumah keluarga masing2, hehehe.

    BalasPadam
  3. Dulu kan..bercita- cita nak ada suami yang jauh dari NS...luar dari NS la kalau boleh...masa tu fikir nanti masa raya mesti best sebab kampung jauh baru feel beraya..sudahnya tgok jammed sana sini..erm x pe la..dulu dapat orang Pahang..jodoh plak x panjang kan...

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah kami suami isteri saling bertolak ansur bab giliran beraya. Ikut giliran tapi jika ada halangan/urusan tetap berbincang dan capai kata sepakat. Paling penting, dua-dua pihak gembira :D

    BalasPadam
  5. Apa pun bersyukur dan cari jalan terbaik...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama