SEMUA LAIN TAPI RASANYA KENAPA SAMA

SEMUA LAIN TAPI RASANYA KENAPA SAMA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TIDAK pelik dan tidak aneh pun.  PC pernah lalui. Kawan-kawan PC juga. Sebab kamikan dulu suka pergi raya sama-sama. Itu zaman PC kecil tapi sudah memahami situasi juga. Budak-budak dulu ada keistimewaan tersendiri. Sebagaimana budak-budak zaman sekarang yang juga ada keistimewaan tersendiri juga.

Kalau sekarang budak-budak walau tak semua tapi sebahagian besar datang tak nak makan kuih atau minum. Cuma nak duit raya. Tapi kami dulu kalau kata raya memang makan kuih. Memang minum air yang dihidangkan. Sungguh-sungguh tapi tak gelojoh. Tak lahap. Tak tamak. Walau sambil gurau ketawa-ketawa tapi jaga, tak sepah tak tumpah. Kalau tak memang mendapat. Dah tuan rumah kenal make bapak kita-kita ni ha. 

SEMUA LAIN TAPI RASANYA KENAPA SAMA

Tapikan. Ada satu persamaan dulu sampai sekarang yang PC masih jumpa lagi. SEMUA LAIN TAPI RASANYA KENAPA SAMA iaitu biskut raya. Ada sesiapa yang pernah lalui tak pengalaman ni. Ni ceritanya biskut raya tau. Warna berbeza, bentuk dan saiz berbeza. Hiasan pun tak serupa tapi rasanya sama. Didaftarkan atas nama-nama indah berbeza. Lucu dalam hakikat ni namanya. 

Salah pembeli atau penjual. Pembeli cuma membeli. Peniaga kena tengok juga, homemade dan handmade sendiri atau dia ambil daripada pihak lain dan cuma menjual sahaja. Tak apalah. Lagi beli bulan puasa. Nak rasa pun tak boleh maka bertabahlah. 

Jangan membazir. Makan sikit-sikit. Perlahan-lahan. Rezeki begitu maka nikmati walau mungkin ada rasa yang terbuku. 

Tinta Perdu Cinta ❤
SEMUA LAIN TAPI RASANYA KENAPA SAMA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Selalunya kuih moden macam tu. Tu pun kalau pergi raya saya cari kuih yang rare

    BalasPadam
  2. orang dulu2 raya cari kuih asli yg sedap budak2 la xkisah semua tu mrk mewah n selesa banyak kuiih kat rumah

    BalasPadam
  3. thn ni raya rasa mcm beli byk kuih raya tuk mak kt kg... tp rasa cam x best lak bila tak terbuka pun kerepek2 kt kg tu... nk bg best, suruh anak2 habis je kuih raya moden kang nanti raya haji still ada... hehehe.... mcm thn2 lepas.... xbeli kang segan lak blk tgn kosong.... thn ni siap pos dl.... syukur! sebelum ni x kesempatan nk bg kuih raya best tuk mak.... usaha buat sendiri wlupun x seberapa. tapi seronok bila bg kt umh mertua terus habis, sebab itu je yg ada tuk dihidang tetamu... beza benar rasa! byk pengajaran bab kuih raya sahaja....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama