SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 1443H

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 1443H | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SYUKUR DAN GEMBIRA di pagi Syawal. Dapat berkumpul walau tidak lengkap kerana ada yang balik ke destinasi masing-masing. maklumlah bila sudah berumahtangga. Tidak semestinya setiap tahun dapat kumpul semua lengkap. Biasalah tu. Bergema suara takbir menguntum senyuman diseulas bibir tetapi hati rindu dan fikiran ingat kepada yang telah kembali mengadap Pencipta. 

''Mama rindu dengan arwah atok dan nenek dengan arwah adik-adik mama la Jua''. ''Babah rindu dengan arwah nyai dengan arwah jai'e la Jua''. Ini kata-kata mesti yang keluar daripada mulut mama babah setiap Syawal. Bukan hari lain tak diucap tapi setiap Syawal rasa lebih dalam dan sayu ungkapannya. Lebih makan dalam. Serius. Mulalah air mata meleleh. Sungguh. mahu tidak mahu ada kenangan yang tidak mampu kita kikis seiringnya waktu.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 1443H

Waktu tidak akan ikut rentak kita. Jangan harap la waktu tu berhenti. Kita yang kena bijak mengurus waktu. Sementara ada umur. Masih bernafas. Luangkan waktu sebaik-baiknya untuk ibu bapa dan keluarga sebelum sibuk dengan urusan masing-masing. Cuma dua tiga tahun kebelangan ini keadaan sangat-sangat jauh berubah. Serba serbi. 

Mungkin dapat berkumpul di Syawal ini, namun tidak boleh seramai dulu-dulu. Itu pun dah syukurlah sangat-sangat. Kita-kita je. Itu pun dan besar nikmat bagi PC. Alhamdulillah. Selagi boleh, mana yang mampu itu kita jaga dan hargai dulu. Masa setiap kita tak sama. 

Hari ini. Hati sayu. Dengar takbir raya sayup-sayup. Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua sahabat blogger. Maaf zahir dan batin. Mungkin PC tidak menyakiti fizikal, tapi PC yakin ada kata-kata dan perkataan-perkataan PC yang pedas dan tajam hingga menyakiti hati sahabat blogger semua ketika membaca artikel-artikel PC di blog ini. PC minta maaf sangat-sangat ya. Jaga diri semua.

Tinta Perdu Cinta ❤
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 1443H



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama