AWALNYA SALAH ORANG EH HUJUNGNYA JADI SALAH KITA

AWALNYA SALAH ORANG EH HUJUNGNYA JADI SALAH KITA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BOLEH TERJADI. Tidak mustahil dan tidak aneh sebab selalu berlaku.  Cuma di luar pengetahuan dan di luar sekitar kita sahaja sebenarnya. Tapi memang berlaku. Mungkin sudah ada yang terbiasa juga sebenarnyakan. 

Pernah satu masa, masa babah masih lagi bekerja. Keluar awal pagi. Sebelum subuh pun. Risau terlewat babah pilih solat di surau tempat kerja sahaja.  Mudah. Dalam perjalanan, ada kereta daripada belakang memintas dengan sangat laju tapi yang buat rasa kecewa, pemandu tersebut memintas kemudian terus membelokkan keretanya ke satu kampung. Awak tau awak nak belok, tak perlulah memintas. Babah PC terbabas. Ada luka-luka juga. Motor rosak. Tak ada ganti rugi. Tak ada duit ubat dengan alasan babah PC di belakang, kereta dia di depan. Salah orang belakang tak hati-hati. 

Samalah kesnya bila kita diberi kepercayaan untuk menjadi mentor atau penasihat. Nasihat ulangkali. Tegur entah berapa ratus kali. Dah nasihat. Dah tegur. Dah marah. Dah beri hukuman. Tapi seperti bercakap dengan tiub motor pasola reput tepi perigi buta. Kita sakit kepala. Sakit hati bila orang tak dengar arahan hujung eh orang lain salahkan kita. Maka bergandalah rasa sedih dihati kita kan. Silap-silap kita pula yang dikenakan hukuman. Yang buat salah tak terima dihukum buat laporan.. yang menegur,  menasihati kena hukuman. 

AWALNYA SALAH ORANG EH HUJUNGNYA JADI SALAH KITA. Mudah memindahkan kesalahan sendiri kepada orang lain. Nak selamat. Nak mudah. Nak clean. Tapi percayalah hati dan fikiran tidak akan tenang. Kalau pun rasa bahagia sekejap je. Semua bakal menghantui hingga hujung nyawa. Luaran nampak baik-baik sahaja tapi dalamnya terseksa rasa bersalah. Rasa bersalah yang boleh dirasai susah dipecahkan dengan kata-kata. 

Jangan!. Salah kita menjadi kesalahan orang lain. Tak berkat hidup sampai bila-bila. 

Tinta Perdu Cinta ❤
AWALNYA SALAH ORANG EH HUJUNGNYA JADI SALAH KITA
 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. hmm selalunya jadi gity kan pusing sana sini fakta terbelit

    BalasPadam
  2. biasa lah dalam dunia ni ramai manusia yang suka pentingkan diri sendiri, janji dia nampak bersih nampak suci nampak baik walaupun hakikatnya.....

    BalasPadam
  3. geram tul kpd org yg mengaku salah sendiri ni...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama