BENARKAH KEADAAN SEKARANG SEMAKIN MENAKUTKAN

BENARKAH KEADAAN SEKARANG SEMAKIN MENAKUTKAN| Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. JENAYAH, kekerasan atau perkara-perkara yang kurang selesa untuk kita hadapi sebenarnya dah apa pun daripada zaman dulu kala. Zaman PC kecil, zaman remaja dah ada je dengar cerita-cerita yang kurang baik. Kalau tengok tv pun ada banyak je berita-berita yang seram nak ditonton. 

Namun begitu, seiringnya waktu, keadaan dilihat macam semakin mencabar dan menakutkan jugalah. Ke PC je yang rasa macam ni. Benarkah keadaan sekarang semakin menkutkan. Ya bagi pendapat PC. Entah kenapa PC rasa manusia zaman sekarang semakin berani. Bukan cuma orang dewasanya malahan anak kecil pun semakin berani. Kalau beraninya ke arah yang positif tidak mengapa tapi yang sebaliknya itulah yang merisaukan.

Media sosial berkembang dengan cara dan keupayaannya tersendiri. Diolah oleh manusia, untuk manusia nikmati dan manusia itu sendiri mesti bijak mengemudi dan memilih-milih. Mungkin sekarang boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita memiliki telefon pintar atau apa sahaja bentuk gadjet yang mudah mengakses segala data, fakta dan cerita, maka ianya dijadikan pilihan untuk sesiapa sahaja menyampaikan, menyebarkan dan membina sesuatu.

Takutnya dimana?. Tidak semua tapi pada sesetengah perkara atau pada sesetengah perkongdian yang disebarkan hingga ke mana-mana dan mengiring perasaan serta fikiran orang lain bukan cuma individu tetapi merangkap masyarakat juga. Takunya apa?. Takut muflis di akhirat. 

Mahu tidak mahu bila dikongsi dan disebarkan apa pun itu cerita, perkara atau apa yang diviralkan, pasti akan menarik perhatian kita untuk ambil tahu. Walau cuma sekali imbas. Ianya ibarat umpan yang bila -bila masa boleh dimanakn dan boleh juga dipandang sepi. Namun sekarang agar sukar dipandang sepi. Mulut ringan je nak komen. Jari jemari gatal je nak menaip. Hihihi. Gitu. Terbawa dan hanyut jugalah dengan emosikan. 

Menakutkan?. Ya bagi PC. Paling penting bijak memilih dan mengikuti sesuatu info yang dikongsikan. 

Tinta Perdu Cinta ❤
BENARKAH KEADAAN SEKARANG SEMAKIN MENAKUTKAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Betul...keadaan sekarang semakin menakutkan di perlbagai sudut....

    BalasPadam
  2. Mrs.A rasa memang menakutkan terutamanya fitnah media sosial

    BalasPadam
  3. Zaman ammi kecil, kita bebas bergerak walau ke taman sebelah berjalan kaki dengan kawan-kawan. Skrg ni nak bebaskan anak berjalan kaki ke sekolah pun takut sbb ramai sangat manusia yang dah tak berhati perut.

    Media sosial mmg antara puncanya. Jadi sebagai ibu bapa kitalah kena pantau penggunakan gadget mereka. Lock mana yang patut. Tak perlu takut anak tu kecil hati kalau kita lock apa yang mereka suka (sekiranya itu adalah yang negatif) sebab biar mereka kecil hati harini dari kita yang terasa hati kemudian hari

    BalasPadam
  4. Dekatkan diri lkepada Alla SWT...maka ketakutan [ada ujian dunia begini dapat dikurangkan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama