SANTAI DI TAMAN SEMUANYA LEBIH

SANTAI DI TAMAN SEMUANYA LEBIH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BETUL SANGAT-SANGAT. Ini pendapat PC. Lain orang ada pandangan yang berbeza. Tapi bila sebut santai bermakna bebas daripada kesibukkan. Kurang gangguan dan kalau boleh tanpa gangguan juga. 

Santai di taman semuanya lebih. Ramai ibu bapa bawa anak-anak santai dan riadah di taman-taman permainan.  Kalau tidak pun di taman-taman botani dan mana-mana yang bersesuaian.

Memang lebih. Lebih bebas. Lebih terbuka. Lebih luas. Lebih banyak segenap aspek. Bukan cuma anak kecil yang riang hatinya dapat bebas berlari-lari anak ke sana sini di tempat yang luas, orang dewasa pun rasa seronok sangat-sangat bila santai di tempat yang luas, apatah lagi kalau ada pemandangan yang menarik. 

Kenapa di taman?. Taman ada banyak taman. Taman yang berhamparan dengan rumput yang menghijau. Pokok-pokok yang rimbun dan rendang. Udaranya segar sangat-sangat dan bersih juga. Ini yang sebaik-baiknya tapi sekarang ni macam susah sikit nak dinikmati.  Ada tapi dah banyak. Ada tapi ada hadnya. 

Adakala sikap manusia yang mencemari taman-taman indah yang ada. Bukan dipelihara dan dipulihara sebaliknya dirosakkan dan dibiar musnah. Ada yang pandai menghargai. Ada yang sebaliknya. Selagi mana itu kita nikmati, jagalah untuk kebaikkan dan kepentingan bersama-sama. 

Tinta Perdu Cinta ❤
SANTAI DI TAMAN SEMUANYA LEBIH


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Pastikan bila dah bawa anak ke taman mata mak ayah peka pandang anak-anak..jangan leka pandang gadget

    BalasPadam
  2. di tempat sy ni playground dah x ada. jd remaja n kanak2 x de tempat nak beriadah.

    BalasPadam
  3. Seronok jalan-jalan di dalam taman. Yang tak best kalau nampak couple2.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama