BERASA BETUL BELUM TENTU BETUL

BERASA BETUL BELUM TENTU BETUL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BERASA BETUL BELUM TENTU BETUL | BETUL dan memang yakin betul in sya Allah betul. Tahu tak betul tapi berasa betul itu memang betul-betul berani. Berani sungguh.  Tawakkal tahap langit ketujuh tak kena cara bukan sahaja bahayakan diri sendiri tapi orang lain juga.  Nak tawakkal pun kena ada ilmu. 

Berasa betul lain.  Lakukan sebab yakin betul lain. Berasa betul ni ada banyak campurtangan. Maksud PC Bila berasa betul ni biasanya susah nak dengar cakap dan nasihat orang. Itu belum lagi asyik cari salah orang sedangkan diri sendiri pun ada juga salah dan kurangnya di mana-mana. 

Orang yang sentiasa berasa betul tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang. Orang yang nak tegur dia pun bukan sembarangan juga kerana berasa betulnya ada keegoan. Ada prinsip yang sukar dipisahkan walau prinsip itu belum tentunya elok dan positif semua. Nampak tak.

BERASA BETUL BELUM TENTU BETUL
Berkira-kira barangkali boleh namun tepatnya belum tentu..

Kena tahan perasaan dan kena kuat mental bila berhadapan dengan orang yang suka berasa betul. Serius. Awak lawan awak kena. Awak bantah awak patah. Awak sentuh haaa boleh jadi gaduh. Sebab tu kenapa mesti kena kuat mental dan tahan perasaan. Boleh mencanak tekanan darah naik. Jangan main-main Sebab tekanan dan tertekan. 

Berasa betul belum tentu betul tapi tidak semua sedar dan boleh terima akan hal ini. Apatah lagi kalau dah sebati dengan cara ini.  Allah SWT je boleh mengubah diri orang yang berperangai begitu oii. Bila berasa betul mesti akan berasa tahu semua benda. Haha, pakej lengkapkan. Sedihnya orang lain nanti hujung-hujungnya menjadi mangsa. 

Lebih baik berasa banyak salah dan berasa tidak tahu walaupun tahu dan yakin betul sekurang-kurangnya tidak menyusahkan dan menyakiti orang lain juga. Kalau berasa betul sedang jelas ianya salah tidak ke mengusutkan keadaan nantinya. Tapi begitulah manusia dengan bawaan diri masing-masing. 

Tinta Perdu Cinta ❤
BERASA BETUL BELUM TENTU BETUL

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Payah kalau jumpa kenalan macam nie.. Saya ada kenal sorang, memang saya elak dari bercakap dengan dia.. Saya biarkan je..

    BalasPadam
  2. PERSEPSI MASING2 XSAMA KAN

    BalasPadam
  3. moga tidak termasuk dlm.kategori.mcm.ni risauuu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama