LIMA CARA HILANGKAN RASA PEDAS DIMULUT CARA PERDU CINTA

LIMA CARA HILANGKAN RASA PEDAS DIMULUT CARA PERDU CINTA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SIAPA yang suka dan kuat makan pedas? Lagi pedas lagi sedap. Berpeluh puas hati. Siap melelehkan hingus oi. Jeling je Jiran kanan kiri depan. Pedas ni boleh buka selera. Lagilah kalau jenis kuat pedas. Kalau tak ada pedas boleh emosi. Sanggup Ambil cili basuh buat ulam. 

Dulu PC tak tahan pedas. Pedas sikit-sikit je pun dah macam ada keluar asap kat telinga. Makan sesuap air entah berapa galas dah habis. Sampaikan arwah atok cakap,  "macam mana nanti bila dah besar kawin kalau dapat laki kuat makan pedas". Haa betul. Encik suami memang suka dan kuat makan pedas. Belah mertua memang pencinta yang pedas-pedas. 

Lama-lama PC pun boleh ikut sikit-sikit. Cuma beragaklah sebab kalau terlajak, maka terlajak kerap juga la je tandasnya. Tu yang insaf. Macam ada zombi dalam perut. Mama babah suka juga pedas tapi cuma pedas bukan terlampau pedas. Fuhhh. 

Tapi sekarang baik cili api ke, lada basah besar tu ke, lada kering tu pun pedasnya lain macam. Dah pilih lada kering yang kerinting tak berkilat pun tetap pedasnya buat umbun-umbun macam nak copot. Allahuakbar. Tak ada menu pedas macam tak ceria dan hambar suapan. Dah ada, makan, pedasnya menikam.. 

Macam mana PC nak hilangkan rasa pedas tu. LIMA CARA HILANGKAN RASA PEDAS DIMULUT CARA PERDU CINTA

MINUM AIR SUAM. Air suam kosong boleh.  Air suam manis pun boleh. Memang mula-mula masa minum macam ada dua kumpulan yang sedang berperang dalam mulut, tapi tak lama. 

MINUM AIR SUSU. Susu segar. Sejuk. Ni pun lagi cepat redakan rasa pedas atau pijar di mulut. Macam dineutralkan gitulah. 

MAKAN AIS KRIM. Perisa apa pun tak apa,  boleh. Perisa vanilla ok, yang lain-lain pun boleh ngam. 

MAKAN MAKANAN YANG MANIS. Gula-gula boleh. Kek boleh. Coklat pun boleh. Madu pun boleh kalau ada. Asalkan manisan. Haa bubur kacang ke, bubur pulut hitam ke pun boleh. Pengat. Waaaaaaaa. Hilangkan rasa pedas sekali dengan layan tekak ni nampaknya PC. 

MAKAN BUAH-BUAHAN. Makan buah-buahan pun salah satu cara juga. Tapi lain orang lain perutnya. Ada orang mula makan pedas tak boleh makan buah limau atau oren jadi cirit birit. Kena pilih dan cuba-cuba. Kurma pun boleh. 

Ini usaha PC bila makan makanan pedas tahap berdoa dalam hati jangan sampai batuk dan terdesak. Makan pedas, lepas tu batuk atau tak pun terdesak..  Ermmmmmm azab oii. Setiap orang ada cara masing-masing. Ikut citarasa. OK. 

Tinta Perdu Cinta ❤
LIMA CARA HILANGKAN RASA PEDAS DIMULUT CARA PERDU CINTA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Terima kasih PC sudi berkongsi tips, selalu kalau termakan salah sambal jenis cili kering yang salah beli memang pinor sungguh mata. Kena selalu standby aiskrim kt tepi gamaknya hehe

    BalasPadam
  2. hah betul kan ciknur pun kalau termkn pedas cepat2 minum air suam dan cari yg manis2 atau buah
    he hee

    BalasPadam
  3. kalau ciksun, hilangkan dengan air panas..sekejap je terus hilang pedas tu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama