BERBEZA CARA BERBEZA KESANNYA

BERBEZA CARA BERBEZA KESANNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TUNJUK pandai jauh sekali. Nak bagi petua tentunya tidak. Bila balik kampung duduk berkumpul adik beradik. Sesekali sembang kosong tapi selalu isu semasa yang boleh dikait dan dijadikan pedoman. Mana boleh ulas kami beri ulasan dengan sudut pandang masing-masing. 

Biasanya sembang pasal anak-anaklah. PC dan biras bongsu kami sama-sama TTC (try to conceive). Sama-sama usaha. Walaupun begitu kami tetap ada sudut pemikiran juga pendapat sendiri. Kalau dua orang adik tu dah jadi ibu, mereka ulas cara didik anak masing-masing dan kami tetap ada kisah dan pengalaman dididik di zaman kecil. 

Berbeza cara berbeza kesannya. Memang ada perbezaannya. Jelas.  Setiap zaman ada fasa-fasanya.  Ada cara masing-masing yang digunakan. Pendekatan setiap ibu bapa ni tak sama. Sebenarnya sekarang pun sama.  Pendekatan ibu bapa yang berbeza. 

Sebenarnya tak kisahlah nak guna pendekatan macam mana didik anak ni. Sebenarnya paling penting adalah hasil akhirnya yang nak dilihat dan orang lain lihat juga nilai. Bukan cara zaman sekarang tak bagus. Sebab kalau nak cakap pasal tak bagus atau bagus ni sentiasa ada dan berlaku. 

Perbandingan akan timbul bila ada isu berbangkit. Bila ada sesuatu yang tak seronok dan tak manis pada pandangan mata. Perbandingan tentu timbul. Lagi satu bila PC tengok sesuatu cara yang ditunjukkan dan hal itu kurang baik, rasa bersyukur kerana dulu mama babah tidak begitu. 

Betul ke cara didikan zaman dulu lebih keras. Ada kebenarannya. Bila PC tanya-tanya mama dan babah mereka kata memang lebih keras. PC sendiri pun adakala mama babah didik dengan cara keras. Memang tak sentiasa tapi selalu bila kena ingat sampai bila-bila. Sebahagian besar boleh terima cara orang dulu-dulu didik anak. Sebahagian lainnya tidak boleh terima. Bila PC tanya-tanya mertua mereka pun dididik dengan cara yang keras dan tegas. 

Bukan bermakna didikan yang lembut dan halus tidak bagus dan tidak berkesan. Ada je yang menjadi. Ada je yang berhasil dan berjaya juga pun. Paling penting hasil akhir seperti apa.

Tinta Perdu Cinta ❤
BERBEZA CARA BERBEZA KESANNYA
 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. kena tgk situasi...jgn terlalu keras dan jgn terlalu berlembut

    BalasPadam
  2. kena didik anak2 mengikut cara skrg. x boleh didik mcm mak ayah didik kita dulu2. huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Bergantung kepada keadaan dan biar seimbang keras dan lembut. Cara keras macam zaman kita dahulu mungkin tidak boleh main pukul rata untuk semua situasi sekarang. Tetapi, cara lembut sahaja pun tidak praktikal. Anak-anak akan jadi mua dan terlebih manja.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama