KAWAN MESRA AKHIRAT

KAWAN MESRA AKHIRAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. REALITI, kawan ketawa mudah nak dapat. Mudah dekat dan merapat. Tapi kawan menangis bukan tak ada, ada je cuma susah nak dapat. Kadang memang masa kita menangis dia ada tapi nak cari yang lurus dan tulus hatinya susah. Banyaknya nak ambil kesempatan. Mahu tikam belakang. Depan sama-sama menangis, tak sampai sepuluh langkah dia viralkan kita. Aduh. Kecewa. 

Kawan mesra akhirat. Ada.  Tapi akhir zaman dia jadi edisi terhad. Kalau kawan mesra dunia tak perlu cakap. Ramai sangat-sangat. Mudah dapat. Bila kita cuba pengaruh atau ajak ke lorong yang betul dan lurus, susah nak buang tanggapan orang yang fikir serong. Kadang bila ada yang nasihat atau ajak buat perkara lebih baik, dikatanya tunjuk alim. Tunjuk pandai. Tunjuk langit. Eh tu sejenis pokok yang boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit. 

Tunjuk alim, tunjuk pandai dan tak kisahlah tunjuk apa lagi, biasanya kita boleh rasa. Kalau ada yang betul, memang ada niat  menasihati kita kerana Allah untuk lebih dekat dengan Allah itu pun kita boleh rasa. Naluri. Cuma kadang kita terkhilaf menilai sampai terkhilaf juga menuding jari. 

Bersyukurlah kalau Allah beri rezeki kawan atau sahabat yang selalu ingatkan kita tentang mati.  Tentang akhirat. Jadi kawan mesra akhirat. Tak bosan nasihat. Tak ada rasa penat tarik kita ke jalan yang benar dan baik. Tak hirau orang cakap apa. 

Ada masa kita tak boleh sendiri. Memang ada waktunya kita perlu bersendirian. Namun menjalani hidup yang banyak ujian dan pengaruh ini kawan mesra akhirat ni kita sangat-sangat perlukan untuk sama-sama perbaiki diri. 

Kalau nanti kau masuk syurga, jangan lupa cari dan tarik aku. 

Tinta Perdu Cinta ❤
KAWAN MESRA AKHIRAT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Sgt setuju, teringin nk sahabat yg betul2 sahabat. Kawan suka suka memang ramai. Setakat blh cerita sikit2.Pengalaman seringkali terkena baik tp blkg menceritakan keburukan kita. Emmm

    BalasPadam
  2. Yaaa PC, biarlah linkungan sahabat kita kecil, janji positif, dari ramai, menyesakkan dada hhuhuhu

    BalasPadam
  3. Saya ada kawan yg gila2. Tapi bila kami duduk berdua ataupun tgh call lama2, mesti dia akan selit2 pasal nasihat atau hal2 keagamaan.

    Kawan yg baik ni satu rezeki kan :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama