PESANAN DIPASAK

PESANAN DIPASAKDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PERNAH  dengar tak POKOK PASAK BUMI. Khasiatnya untuk mengawal dan mengurangi kadar gula bagi mereka yang menginap kencing manis. PC selalu dengar orang sebut-sebut tapi tak pernah tengok lagi.

Baji (paku), skru untuk mengetatkan sesuatu. Ini maksud ringkas yang PC ambil dan faham apa itu PASAK daripada kamus dewan. 

Pesanan DIPASAK. Ada orang nasihat kita. Tegur kita. Ingatkan kita. Kita ambil kemudian PASAK difikiran. Ingat. Juga simpan dalam hati sebagai pedoman meneruskan hidup. 

Sejak kecil lagi PC kurang bergaul dengan kawan-kawan, kecuali dengan mama, babah, kucing-kucing PC, arwah atok nenek dan pakcik makcik. Main dengan sepupu bila dah besar sikit. Kemudian bila dah sekolah baharulah ada kawan. Berkawan. Ramai. Suka suruh mereka datang rumah main sama-sama. 

Bila bergaul dengan orang lebih dewasa, pendekatannya berbeza. Serius. Lebih banyak nasihat. Pesan-pesan yang baik. Selalu ingatkan. Anak kecil ni, dia perhati dan simpan. Apa orang tua-tua cakap dia ingat dan perbuatan orang tua dia tiru. Sebab itulah jangan sembarangan dengan budak-budak. Bahaya. Dan budak -budak jangan SEMBARANGAN bergaul dengan orang lebih dewasa. Silap pergaulan boleh hancur. 

Pesanan dipasak. Banyak. Untuk pedoman kehidupan. Akan lebih menyedihkan bila yang selalu pesan yang baik-baik itu telah tiada.  Dah meninggalkan PC. Macam arwah nyai, arwah atok dengan nenek. Bila ingat, rasa sedih dan pedih hati. Semoga setiap pesan yang baik, bila PC lakukan pahala kebaikkan itu mereka rasai dan jadi saham kekal Selagi PC hidup.  Aamiin. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Pesanan dipasak


 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama