TIDAK BOLEH BERTAHAN

TIDAK BOLEH BERTAHAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. DUA HALA. Apa pun itu kena mesti ada dua hala. Sekali kena marah boleh lagi bersabar. Dua kali sabar lagi dan tiga kali pun boleh sabar lagi. Agak-agak kalau lah dah berkali-kali boleh sabar lagi tak. Sekali  minta tolong senyap tak bergerak. Dua kali cakap lagi pun tidak bergerak dan kali ketiga diri sendiri yang bergerak buat. Ini dua contoh kecil yang mudah sangat-sangat. PC yakin hal ini terjadi di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja di luar sana. 

Sama jugalah kisahnya dengan PC pun, kadang tidak boleh bertahan dengan sesetengah perkara juga. Contoh mudah lagi bila buka media sosial. sekali boleh buat tidak nampak, dua kali ah buat-buat tak wujud, kali ketiga mula jeling-jeling. Agak-agak boleh bertahan tak tak nak komena, tak nak beli kalau makanan atau pakaian. Ha macam tulah sebenarnya yang banyak terjadi.

Lebih-lebih lagi kalau perkara apa pun itu orang lain buat. Kita ni tengok je. Tukang komen je. Kalau tengok orang buat perkara tak betul atau tak baik, dengan kita terjebak rasa angin je satu badan. Buktinya ada banyaklah pendapat, pandangan dan nasihat atau petua itu ini yang timbul. Betul tak. Sebenarnya PC sendiri pu tidak boleh bertahan oi. Susah nak bertahan dengan sabar tu. Lebih senang cakap. 

Kalau la masing-masing boleh bertahan, in sya Allah semua damai-damai sahaja. Tenang dan bahagia di mana-mana. Lantaran tidak boleh bertahan itulah macam-macam perkara terjadi. Hal yang baik tak jadi masalah. Apa yang jadi masalah adalah hal yang buruk oi.

TIDAK BOLEH BERTAHAN
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Tidak boleh bertahan. Tidak boleh bertahan lagi. Ini yang cuba PC sampaikan adalah dah berada ditahap tidak boleh bertahan lagi tau. Maksudnya kepompong sabar tu dah meletup. PC selalu percaya, sabar itu tiada had tapi kemampuan orang untuk bersabar itu ada batasnya. Lain orang lain skala rasa sabarnya. Kena usaha untuk faham dan memahami.

Tinta Perdu Cinta ❤
TIDAK BOLEH BERTAHAN 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. mungkin boleh jauhkan diri aje dari media sosial ni..

    BalasPadam
  2. bab sabar dan bertahan ni ada had nya..tp kalau tkleh sabar mmg akan meletop

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama