TIDAK SEMUA MERAH ITU DARAH

TIDAK SEMUA MERAH ITU DARAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. WARNA MERAH MACAM DARAH. Rasanya ini yang dipasakkan daripada kita kcil lagi. Warna sirap pun macam warna darah. Asal merah je darah. Memang sangat sinonim merah itu darah. Ha.

Umi, pokok nenek daun dia ada darah la umi.. kata anak buah PC. Nak pitam rasanya bila dengar. Bulu roma dah meremang ni. Yalah orang kata bebudak ni penglihatannya lain macam. Kita tak nampak dia boleh nampak. Sebab adik sepupu PC sampai sekarang hijab penglihatannya terbuka daripada kecil lagi. Sekarang dah remaja pun tapi masih Allah swt izin dia tengok dan boleh nampak yang halus mulus tu. Aduhai..

Bila anak buah dah tarik tangan nak tak nak pun kaki ni pun melangkah jugalah turutkan. Nak cakap takut kesian la pulak. Ha mana pokok nenek yang daun dia ada darah tu?.. tu umi. Dah la malam masa dia tunjuk tu. Ermm rupa-rupanya pokok keladi ni ha.. siangnya baharulah PC ambil gambar. 

TIDAK SEMUA MERAH ITU DARAH


TIDAK SEMUA MERAH ITU DARAH anak oii. Ya Allah. Tapi ni rasanya bukan merah pekat kot. Pink kan ke mata PC yang masalah. Atau memang anak buah PC ada nampak benda lain ha. Ayokkk. Lah tetiba rasa meremang lagi bulu roma. Ya Allah.

Tak kisahlah. Asalkan pokok-pokok bunga ni hidup subur dan tidak ada penghuninya yang aktif di malam hari. Aamiin. Kita hidup berdampingan. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Gitu. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TIDAK SEMUA MERAH ITU DARAH




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. alamak saspen ni. tapi kalau saya pun, esok sianglah baru pergi tengok. hihi

    BalasPadam
  2. Hihi.. siang baru berani ambil gambar ya, sabar aje laaaa..

    BalasPadam
  3. Dan tak semua yang merah tu Ferrari... eh? hahahha!

    BalasPadam
  4. mungkin sebab tengok malam nampak mcam berdarah, sudah warna dan coraknya begitu kan kak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama