MENGUNGKIT ATAU MENGINGATKAN

MENGUNGKIT ATAU MENGINGATKAN | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Assalammualaikum wbt. Suka tidak suka adakala terpaksa juga mengimbas hal atau perkara yang telah berlalu. Tidak semua perkara yang sudah berlalu atau berlaku itu buruk, pahit dan tidak boleh disebut-sebut. Ada masanya perlu juga disebut untuk imbasan dan tidak mustahil dijadikan tauladan atau sempadan supaya tidak berulang.

Persoalannya adalah.. mengungkit atau mengingatkan.

MENGUNGKIT 
⇨ menimbulkan perkara yg sudah-sudah; membangkit-bangkit:
MENGINGATKAN 
⇨ memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: 

Bagi pendapat PC.. ada masanya untuk mengingatkan mahu tidak mahu terpaksa juga mengungkit agar orang lebih ingat, lebih faham dan lebih mahu ambil tahu. Maksudnya belajar dan ambil kesan daripada sejarah. Dari apa yang terdahulu yang telah berlaku atau berlangsung.Tidak semua yang diungkit itu tidak bagus. Kalau tujuannya untuk ingatkan dengan tujuan supaya timbul kesedaran pada diri sendiri dan diri orang lain,, tidak mengapa asalkan berpada-pada.

Ibaratnya begini.. satu masa kita pernah susah. Saudara mara banyak bantu kita. Kawan-kawan sentiasa beri semangat pada kita sehinggalah kita mampu bangkit dan berlari laju. Dan bila semua itu disebut semula dalam bentuk nasihat agar jangan kita lupa setiap budi orang lain.. itu bukan mengungkit tapi nasihat berangkai dengan masa lalu yang sebolehnya kita usahakan untuk sentiasa berbuat baik pada orng yang satu masa pernah berbudi pada kita.

Mengungkit bukan bererti tidak ikhlas. Mengingatkan bukan bererti mengungkit semuanya. Tidak. Lihat pada tujuannya. Lihat juga apa kepentingannya. Andai ianya bertujuan untuk menyedarkan kita supaya menjadi manusia yang sedar diri.. ada hal yang perlu diperkatakan berulangkali maka silakan.

Tinta Perdu Cinta ❤
MENGUNGKIT ATAU MENGINGATKAN
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. mengungkit n mengingatkan berbeza maksudnya

    BalasPadam
  2. x suka mengungkit..lebih suka mengingatkan...tapi adakala disalah ertikan jugak...lumrah kehidupan kan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama