TIDAK TERJADI SEBAGAIMANA DIHARAPKAN

TIDAK TERJADI SEBAGAIMANA DIHARAPKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SETIAP kita tentu ada impian. Ada banyak harapan dalam hidup. Mengharapkan sesuatu itu dan ini. PC sendiri pun ada banyak impian. Ada harapan juga dalam hidup ini. Malahan bukan untuk diri sendiri tapi untuk suami, mama babah, mertua dan keluarga kecil kami. Termasuklah untuk anak-anak bulu kami. Sungguh. 

Bila ada impian atau harapan buat hidup lebih terfokus dan ada pengisiannya. Akan lebih teratur dan lebih ada visi juga misi. Selalu kita dengarkan, bermimpi, berangan-angan, semai harapan itu percuma.  Betul sangat-sangat percuma. Tapi kalau disertakan dengan usaha tak mustahil ianya boleh 'menjadi'.

Seberapa banyak harapan adakala usahanya lebih, ada masa usahanya kurang dan ada ketikanya tiada usaha langsung. Apa yang paling mencabar adalah setiap harapan yang disertai usaha, doa dan tawakal tidak terjadi sebagaimana yang diharapkan. Banyak terjadi. Malah Berulangkali berlaku dalam hidup PC juga. 

Walau akarnya sedikit dengan izinNYA akan hiduplah ia. Selagi bernyawa teruslah ikhtiar sedayanya

Gagal, kurang berjaya dan tidak berapa menjadi ianya adalah sesuatu yang sangat tidak asing. Bunyinya menyedihkan tapi daripada situlah kita akan lebih lagi belajar sesuatu hal. Percayalah. Boleh jadi Bila kurang berjaya itu cara Allah didik kita jadi lebih sabar dan kuat semangat. 

Ada orang semakin mudah laluan hidupnya semakin dekat dengan Allah. Semakin rendah hati dan diri. Semakin taat kepada Allah. Tetapi sesetengah orang semakin mudah laluan dan urusan hidupnya semakin lupa diri dan menjauh daripada-NYA. Jadi boleh jadi Kalau apa yang kita harapkan tu tidak terjadi sebagaimana yang kita jangkaan mesti ada sebab yang kukuh Allah berkehendak begitu dan itu yang terjadi pada kita. 

Mestilah berat. Mestilah tertekan. Mestilah sedih.  Kita manusia biasa.  PC pun. Kita harap menjadi tapi tidak menjadi.  Kita Harap berjaya tapi gagal.  Kita sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Besar sesuatu yang diharapkan, tapi kena selalu ingat kita ni kecil je. Kerdil je. Belum lagi banyak sangat-sangat dosa yang dilakukan. Belum lagi dengan hal melalaikan kita sengajakan. Boleh jadi itu juga jadi penghalang apa yang diharapkan tidak menjadi. Tak terkecuali PC. Allahu. 

TIDAK TERJADI SEBAGAIMANA DIHARAPKAN jangan terus patah semangat. Doa minta Allah selalu bimbing hati dan fikiran kita agar selalu mencari jalan keluar terbaik. In sya Allah boleh. Aamiin. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TIDAK TERJADI SEBAGAIMANA DIHARAPKAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Dah tua2 ni harapnya sentiasa sihat agar mudah beribadah

    BalasPadam
  2. Sungguh. banyak impian yg kita nak tak dapat seperti yang diharapkan. Teruskan usaha dan berdoa padaNya moga dipermudahkan segala.

    BalasPadam
  3. kadang ada masa kita akan down. tp jangan lah down lama lama kalau sesuatu terjadi tnpa ikut plan kita, bangkit balik teruskan kehidupan kan :)

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH HARAPAN MASIH ADA

    BalasPadam
  5. Tak jadi macam diharap? Tu sinonim dengan uncle!

    BalasPadam
  6. bila rasa kecewa, saya selalu cakap dengan diri yang Allah ada perancangan lebih baik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama