HUJUNG MINGGU JALAN SESAK

HUJUNG MINGGU JALAN SESAK | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. BOLEH JADI hujung minggu ketika PC dan en suami berada di jalanraya sahaja kot.  Boleh jadi hujung minggu yang lain jalan tak sesak.  Tapi kalau mengikut pengalaman kami, hujung minggu jalan sesak. Lebuhraya apatah lagi.  Tak kiralah musim perayaan atau hujung minggu tapi tiada sebarang perayaan. 

Dah nama pun hujung minggu.  Waktu warganegara keluar ke mana-mana dengan niat dan tujuan masing-masing. Santai bersama ahli keluarga. Kawan-kawan. Mencari keperluan. Memenuhi kehendak atau keinginan. 

Nak buat macam mana lagikan. Salah satu solusinya kalau tak nak terjebak dengan jalan sesak, bertolak awal pagi. In sya Allah ok. Lagi satu elakkan buat perjalanan hujung minggu. Kalau setakat nak ke destinasi yang dekat tak jadi masalah sangat walau tetap berasap punggung. Tapi yang melibatkan destinasi jauh mengambil masa berjam-jam, kalau boleh elakkan buat pergerakan mulakan perjalanan hujung minggu. Kecuali memang tak boleh elak. Ada urusan penting dan sebagainya, itu lain cerita. 

Letih fizikal. Tekanan perasaan.  Berkecamuk fikiran. Bila terjerat dengan jalan sesak. Pak lebai pun boleh terbang serban dibuatnya. Kecuali memang betul-betul boleh bersabar dan terus bersabar. Yang boleh berganda tambah pahala masa jalan sesak tu. Zikir,  istighfar, ngaji. Kalau rasa tak kuat, macam-macamlah binatang dalam zoo dan hutan keluar bawa berfikir banyak kali ya. 

Kalau selain hujung minggu pun sesak juga jalan, anggap dugaan la sebab dah usaha elak. Usaha tak nak terjebak. Tapi berlaku juga, haaaa reda. Mana yang ada pilihan boleh guna pengangkutan udara tu, pilih la ya. Tak jadi masalah. 

Tinta Perdu Cinta ❤
HUJUNG MINGGU JALAN SESAK

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. itu biasa. kalau di KL, Sabtu lebih sesak dari Ahad. so kalau nak keluar saya suka Ahad

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama