SALAM AIDIL ADHA 1443H/2022M

SALAM AIDIL ADHA 1443H/2022M | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. BARANGKALI sambutan Aidil Adha tidak semeriah sambutan Aidil Fitri. Itu cuma anggapan segelintir masyarakat dan individulah. Tapi bagi PC, setiap sambutan perayaan ada kemeriahan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kalau Syawal adalah hari kemenangan umat setelah sebulan berpuasa, Aidil Adha pula hari kebesaran umat Islam mlakukah ibadah korban sempena peristiwa Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s. 

Setiap kali Aidil Adha setiap kali itu mereka yang ada rezeki dan terpilih mengerjakan ibadah haji. Melunas rukun Islam ke-5. Wukuf di Padang Arafah. melunas salah satu rukun haji. Kalau tak silap PC, ini adalah tahun pertama ibadah haji dibenarkan setelah dua tahun berturut-turut tidak dibenarkan asbab COVID19.

SALAM AIDIL ADHA 1443H/2022M

Mungkin ada yang balik ke kampung. Mungkin ada yang pilih bercuti tetapi berehat sahaja di rumah masing-masing juga. Tidak kurang yang memilih untuk pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara bersama-sama keluarga. Tak jadi masalah. Pun boleh. Pilihan masing-masing. Hak masing-masing. Silakan. Kerana rezeki setiap daripada kita berbeza-beza. Perancangan juga tak sama satu dengan yang lain juga. Justeru itu buat sebaik-baik pilihan dan semoga Allah permudahkan. Aamiin.

Alhamdulillah kami balik kampung. Walau mungkin tak dapat berlama-lama di kampung dapat balik sekejap pun dah besar nikmat sangat-sangat rasanya. Sungguh. Menjadi cabaran perasaan untuk PC dan babah juga sebenarnya kerana ini juga merupakan Aidil Adha pertama tanpa mama bersama-sama disisi kami. Allahu. Lebih sedih. Lebih sayu. Lebih berlipat kali ganda rasa rindu. Kalau takbir Syawal mama masih lagi ada bersama-sama dengan kami. Tapi takbir kali ini sangat terasa kelainannya. 

Masih terbayang macam mana mama tadah tangan ucap alhamdulillah berkali-kali sambil menangis bila dengan takbir pertama Syawal berkumandang di surau kampung kami. Sungguh-sungguh. Semakin deras air mata mengalir dipipi mama ketika itu. 

Masih sangat jelas dihati dan fikiran serta pendengaran PC, kata mama sambil tadah tangan, ''syukur mama jumpa Ramadan. Syukur mama jumpa Syawal. Paling syukur mama dapat jumpa lagi anak dan menantu mama. Syukur alhamdulillah terima kasih Allah''. PC buang pandang kerana menangis. Dan PC dengar mama ulang berkali-kali. Dan rupanya ia menjadi satu petanda yang PC sedar setelah mama dah tak ada lagi.

Allahu.

In sya Allah nanti PC sambung lagi kisah mama dengan semangat dan niat ibadah korbannya yang luar biasa.

Tinta Perdu Cinta ❤
SALAM AIDIL ADHA 1443H/2022M

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam aidiladha juga buat pc dan keluarga..

    BalasPadam
  2. Salam aidiladha kak PC n famili. Syukur dapat jumpa raya haji tahun ni. Moga dapat menghayati pengorbanan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama