SELESAI JULAI 2022

SELESAI JULAI 2022 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MasyaAllah. Selesai 31 hari dibulan Julai tahun 2022. Bererti berbaki empat bulan lagi kita berada ditahun 2022. Memang empat bulan tapi rezeki untuk kita setakat mana Allah izin, kita tak tahu. Sungguh semua menjadi rahsia.

Mungkin ada yang rasa belum mula apa-apa, atau baharu mula sedikit dah nak masuk bulan Ogos. Dah habis Julai. Atau mungkin ada juga yang sudah berpuas hati kerana semua berlangsung seperti yang diharapkan. Maka jangan lupa bersyukur kepadaNYA ok. Semua dengan izin Allah. Kita cuma usahakan sahaja.

SELESAI JULAI 2022

Sahaja kerana Allah. Ini sangat-sangat penting. Kalau mungkin ada yang baharu memulakan, maka cuba mulakan kerana Allah, in sya Allah lancar dan mudah juga. Aamiin. Kalau dah mula pun tetap je boleh betul dan perbaiki niat juga. Kerana Allah. Pun tak jadi masalah. Allag sangat baik.

Julai bakal melabuhkan tirai.  Hidup mesti tetap diteruskan. Kaki tetap perlu terus dihayun dan melangkah juga. Jangan silap langkah. Jangan sesukanya juga ikut kata hati. Bagi memanfaatkan hari-hari seterusnya yang berbaki, usahakan untuk menjadi manusia yang lebih taat. Lebih sabar dan bersemangat.

Semakin lama hidup semakin mewah cabaran. Jangan kita terperangkap ke dalamnya. jangan sampai hina dunia hina akhirat. Bekerja keras mendapat pengakhiran yang terbaik.

Tinta Perdu Cinta 
SELESAI JULAI 2022

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama