LAPAN PER DUABELAS

LAPAN PER DUABELAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MUNGKIN ada yang merasai cepatnya waktu berlalu. Memang ya pun. Semakin menghampiri akhir zaman,  semakin menua alam ini akan banyak hal yang dirasakan sangat-sangat cepat berlaku dan berlalunya. Ini yang banyak kali PC dengar daripada ilmuan agama. 

Alhamdulillah dah masuk bulan kelapan di tahun ini. MasyaAllah. Bulan yang biasanya meriah dengan pelbagai agenda untuk meraikan Hari Kebangsaan negara kita. Ada juga yang meraikan ulangtahun kelahiran. Ulangtahun perkahwinan. Meraikan tarikh-tarikh tertentu atau mengenang peristiwa tertentu juga. 

Bulan Ogos ni bererti masuk bulan ketiga mama dah tiada disisi kami,  tapi tetap ada dalam hati dan fikiran kami. Rasa macam baharu dapat panggilan rupanya dah tiga bulan  mama kembali kepada-Nya. Menjalani rutin harian seperti biasa tapi biasa yang ada kurangnya. Tak apa. Redha. Belajar. 

Berbaki empat bulan ditahun ini, semoga yang sukar dipermudahkan. Apa yang terbeban diringankan. Dipermudahkan segenap urusan dunia sampailah akhirat. Empat bulan rasa macam lama lagi.  Melalui beratus hari lagikan,  memang betul. Itu yang tercatat dikalendar. Baki untuk diri kita nikmati entah tinggal berapa sahaja. 

Setiap pinjaman hari dan waktu  yang diamanahkan, urus dengan sebaik-baiknya la ya.  

Tinta Perdu Cinta
LAPAN PER DUABELAS
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. terasa cepat betul masa berlalu, bulan ini memang banyak kejutan juga

    BalasPadam
  2. Pandai pilih tajuk.... i like

    BalasPadam
  3. rasa macam lama kalau ada yang dinantikan. rasa macam sekejap kalau ada benda perlu dikejar. itulah masa

    BalasPadam
  4. Sekejap sahaja dah masuk bulan ogos

    BalasPadam
  5. sekejap ja dah Ogos siang malam

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama