SESEKALI MAKAN AYAM GORENG SYOK JUGA

SESEKALI MAKAN AYAM GORENG SYOK JUGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.  Assalammualaikum wbt. ENCIK SUAMI pantang nampak.  Mungkin orang lain dah lama tahu dan makan.  Tapi kami baharu nampak dan belum mencuba.  Bila encik suami nampak, maka dibelinya. 


"Cuba dulu,  sedap..  Kena dengan tekak kita beli lagi".. Ini boleh dikata tagline encik suami. Huhu. Memang betul,  bila ngam dengan tekak akan ulang beli. Tak kisahlah kedai makan ke,  jajan tepi jalan ke.. Kuih muih ke.. Sama je.  Mana yang ok biasanya in sya Allah ulang beli. 

SESEKALI MAKAN AYAM GORENG SYOK JUGA. Betul,  beli ayam mentah kemudian goreng atau masak sendiri lebih puas makan berbanding beli.  Tapi kadang rasa nak juga ubah selera dan rasa.  Sesekali ok. Mencuba. Defrost dulu, goreng dengan api yang sederhana..  Kalau ada air fryer lagi elok. Bagi kami OK. Sedap. 

Makan segera atau frozen ni bukan tak boleh langsung. Mungkin sesetengah orang tak boleh terus.. tapi kalau PC boleh je cuma sesekali. Janganlah kerap sangat. Kadang nak sangat. Layan tekak. Atau mungkin ada tetamu datang ke, yang segera ni membantu sangat-sangat juga tau.

Kalau ramai memang akan perlukan kos yang lebih, tapi apa yang akan berlaku ke depan kita tak tahu. Sebab tu babah mama ajar PC, jangan tolak terus pada suatu yang boleh di bawa toleransi. Mudahkan. Kena ajar tekak dan perut sesekali dengan yang segera. Bila dalam keadaan terdesak tekak dan perut boleh terima walau tak mesra.

Tinta Perdu Cinta 
SESEKALI MAKAN AYAM GORENG SYOK JUGA
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. SA kan...memang x leh bau ayam goreng...kalau terbau memang terjebak beli...tgok la sarapan pagi tadi tu..drumstick seketul besar...hahahahah

    BalasPadam
  2. Boleh lah cuba beli jenama ni. Lama sungguh tak beli ayam goreng segera ni...

    BalasPadam
  3. Belum pernah cuba jenama ni. Tapi, ayam goreng memang yumm yummm!

    BalasPadam
  4. busyra pnah beli brand ni.. nugget dia sedap..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama