ASAL BOLEH MAKAN PETIK TERUS

ASAL BOLEH MAKAN PETIK TERUS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.  Assalammualaikum semua. ALHAMDULILLAH Aidiladha kami balik kampung. Memang nak balik.  Masa mama masih ada waktu Aidilfitri pun dah janji dengan mama,  nanti Aidiladha kami balik. Kita sama-sama sambut raya haji.  Raya haji pertama lepas dua tahun tidak sambut sama-sama. Tapi rupanya sekadar seminggu do Aidilfitri dengan mama.   Tidak di Aidiladha. Allahu.  Sedihnya.  Sedih sangat-sangat. 

Pokok Pulasan Depan Rumah

Musim rambutan sudah berakhir.  Memang tak dapat menjamah pun. Babah yang hari-hari di rumah pun tak merasa.  Apatah lagi kami.  OK,  selesai bab rambutan. Masa kami balik, durian alhamdulillah masih ada tapi dah hujung-hujung.. Syukur dapat nikmati juga. Puas juga makan durian. Setelah sekian lama terlepas musim. Rezeki itu selalu tepat. 

Babah : Babah dah bincang dengan Tupai.  Babah pesan jangan habiskan pulasan tinggalkan anak atok nak balik ya Tupai. 
PC  : Berhasil tak ba?
Babah : Cuba Jua tengok..  
PC  : Alhamdulillah ba, ada banyak lagi merah dah masak sangat.  Manis ni ba.
Babah : Alhamdulillah 

Babah pun berseri-serilah mukanya sebab yakin  Tupai dengar pesan.. PC pun tarik dahannya pokok pulasan yang buahnya dah merah menyala.  Besar-besar pulak tu. Rupa-rupanya dah kosong. Bijak Tupai.  Tak dipetik terus.  Ambil isi je dia. Banyak makan kismis Tupai ni. Ya Allah. Baba duduk dianjung dah stand by besen buat isi buah pulasan.  Akhirnya hampa.

ASAL BOLEH MAKAN PETIK TERUS. Masaknya tidak sekata. Ada yang dah masak. Ada yang separuh ranum. Babah cakap, walau belum masak betul, tapi dah manis, dah boleh makan. Asal boleh makan, Jua petik je terus. Tak boleh tunggu lagi. Memang betul pun. Masa PC petik tu,  tupainya ada duduk kat hujung dahan. Siap jeling kita lagi. Hahahahahaha. Sabo jelah. Tak apalah. 

Tak dapat banyak,  dapat rasa sikit-sikit pun dah besar nikmat. Babah pun lega anaknya dapat makan buah-buahan pokok yang Babah tanam. Harap balik lagi dapat makan durian belanda pulak. Aamiin. 

Sambil petik pulasan..  Hati diselubungi rasa hiba.. Bermonolog sendiri..  "mama suka ni buah pulasan.. buang kulitnya, masuk dalam bekas, simpan dalam peti ais.." Makan sikit-sikit. Allahu. Mana, Jua rindu. 
 
Sekian. 

Tinta Perdu Cinta 
ASAL BOLEH MAKAN PETIK TERUS
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Tupai zaman ni memang bijak..kami pun x merasa langsat dan manggis musim baru2 ni...kat kampung selain tupai di serang beruk jugak...

    BalasPadam
  2. Bagus tupai tu boleh bawa bincang. Sedapnya pulasan!

    BalasPadam
  3. Siap menjeling ye cik tupai...tak kenal tuan punya pokok ke? Hihi.

    BalasPadam
  4. Kat office kita pun ada pulasan. Nak makan, petik terussss.

    BalasPadam
  5. pandai tupai belakon, ....

    BalasPadam
  6. Kat kampung Mrs. A pulasan tak menjadi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama