TIDAK CEREWET ITU REZEKI DAN NIKMAT

TIDAK CEREWET ITU REZEKI DAN NIKMAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. CEREWET SATU SIKAP yang kurang disenangi. Mungkin ada yang suka dengan situasi cerewet, tapi bagi PC, kurang suka dan kurang selesa. Cerewet lain. Banyak mulut lain. Cerewet ni lebih kepada complain tak sudah-sudah. Aaarrghhh boleh ternoda kesabaran yang tipis ni.

Daging masak kicap. Alhamdulillah

TIDAK CEREWET ITU REZEKI DAN NIKMAT. Bila dikelilingi dan Allah swt beri kita ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara yang tak cerewet itu nikmat dan rezeki tau. Jangan tak tahu. Jangan tak hargai. Sungguh. Membahagiakan sangat-sangat. Tidak membebani dan tidak terbeban. Mudah urusan segenap sudut. Apatah lagi bab makan. Huuuu nikmat sangat-sangat. Kecuali memang tak boleh makan disebabkan faktor kesihatan ya. Itu lain. Itu bukan tergolong dalam golongan yang cerewet. 

Alhamdulillah babah tak cerewet. Arwah mama pun tak cerewet. Kalau tak makan bukan kerana cerewet atau apa tapi keadaan kesihatan tidak membolehkan. PC bersyukur juga bila encik suami pun jenis yang tak cerewet. "Sayang masak je, abang makan, sedap abag puji, tak sedap abang diam.. ". Memang betul, dari awal nikah sampai sekarang tak berubah. Jadi PC boleh agak. Bila senyap tu ada la tu yang terkurang atau terlebih. Esok bila masak perbaiki.

Baik belah PC atau encik suami, kami boleh ulang makan lauk yang sama sampai habis. Masak atau tambah menu bila kurang dan perlu sahaja. Tak langsung elak membazir. Sebab ada juga sesetengah keluarga, wajib lain menu ketika makan. Sarapan, makan tengahari, kudapan, makan malam berbeza menu. Tak suka ulang dan tak suka panaskan semula lauk pauk yang masih ada dan banyak.

Boleh je, tak jadi masalah. Ada rezeki. Ada yang memasak. Silakan. Terbit matahari, sampai muncul bulan, sengal badan juga kalau asyik di dapur ketang ketung ketang ketung.. apa lagi bila setiap kali masak tu beraneka jenis menunya. Adoiii. Sedih juga. Kalau yang muda boleh jadi hijau, macam mana yang tua-tua.. 

Selera boleh diacuankan. Boleh dilentur. Itupun KALAU MAHU. Toleransi dengan diri sendiri, pasangan dan sekeliling. EMPATI pada tempatnya in sya Allah bahagia dan tenang. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta
TIDAK CEREWET ITU REZEKI DAN NIKMAT
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Alhamdulillah tak cerewet makan mudah nak urus dan ke mana-mana.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah nikmat ada selera makan saja

    BalasPadam
  3. memang ada orang yang cerewet pasal masakan dan makanan ni

    BalasPadam
  4. arwah ayah busyra seorang yang tak cerewet.. mak masak apa pun dia akan makan.. sedap katanya masakan mak..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama