SATU JENIS LAUK CUKUP KE

SATU JENIS LAUK CUKUP KE | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. JANGAN JIMAT SANGAT sampai orang sedar kita bukan lagi jimat tapi jadi kedekut. Jangan boros sangat sampai orang tahu kita ni kuat membazir. Sedang-sedang je. Islam ajar sederhana. Maka pilihlah itu. 

Daging masak kari

Babah dan arwah mama selalu pesan, bab makan jangan berkira sangat tapi jangan keterlaluan dan membazir. Kita kan tahu tahap mampu setakat mana. Beringat tapi jangan sampai seksa diri sendiri. Seksa tu ada dua maksud, maksud pertama mahu dan mampu tapi sekat. Seksa yang kedua, mahal, kurang mampu tapi minta dan susahkan orang lain, pun tak boleh.

SATU JENIS LAUK CUKUP KE. Jujurnya kalau PC cukup kalau dalam satu lauk itu dah ada keperluan zat atau vitamin yang sewajarnya. Walau tak sempurna, tak apa, sekurang-kurangnya hampir lengkaplah untuk sekali makan. Kecuali kalau satu lauk tu tak sesuai dicampur-campur.

Macam masak kari, sup, cap chai, tom yam.. ini antara menu yang mudah disuai padan campurannya untuk menjadikan menu atau hidangan lengkap. Tapi kalau memang rezekinya sejenis lauk pun alhamdulillah dan in sya Allah PC boleh je. Nasi dengan telur goreng. Nasi dengan sambal sardin. Nasi dengan ikan kering. Apa seadanya. Pun ok. Makan untuk hidup. 

Mungkin ada sesetengah orang setiap kali makan mesti ada pelbagai menu. Ok je. Cuma rezeki setiap orang tak sama. Ada yang satu hari makan berkali-kali dengan lauk dan hidangan yang sedap-sedap. Ada yang nak dapat makan sekali sehari pun seksa sangat.

Bagi PC,  bahagian yang kita terima tak sama dan tak boleh dipaksa sama. Usaha boleh. Bekerja keras boleh. Tapi bab rezeki ni tak boleh disukat atau disama-samakan. Dipaksa sama pun tak boleh. Kadang orang yang makannya ala kadar, Allah swt beri kesihatan yang baik untuknya. Yang makan berkhasiat, vitamin tak tinggal, kualiti menu dijaga, macam-macam penyakit dihidapi. ITULAH DIA KUASA ALLAH. BUKTI NYATA. Allahu.

Semoga Allah sentiasa jadikan kita hamba-hambaNya yang rajin bersyukur. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta 
SATU JENIS LAUK CUKUP KE
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. sejak hampir 5 series ni sy makan ala kadar je. Cukuplah utk meneruskan hidup...

    BalasPadam
  2. kalau rajin banyak lauk...kalau malas dan stok xde 1 lauk pun cukup...

    BalasPadam
  3. satu lauk lengkap semua ok ja cukup dah

    BalasPadam
  4. Rumah ni kadang satu lauk juga paling simple masak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lebih OK. Ada satu lauk pun dah besar nikmat kan.

      Padam
  5. Suka masak lauk one pot je. Ada protein dan sayur, cukup dah. Hehe

    BalasPadam
  6. Bagi saya, cukup je.. janji kenyang dengan portion lauk tu.. Kalau lauknya sikit.. sejenis aje.. mmg masih lapo.. kena ler tambah lauk lain.. gituhh.. syukur apa yg ada...

    BalasPadam
  7. Dana biasa masak gini gak kak, kalau asam pedas ada dah tomato, bendi ngn ayam kira sejenis menu jrlah. Sama jugak kari atau masak lemak cili api

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama